Raiva
A raiva é uma emoção humana que a Bíblia trata com seriedade. Irar-se não é pecado em si, mas a ira descontrolada destrói relacionamentos e abre porta para o mal.
Controlar a ira
A Bíblia nos exorta a ser tardios para irar-se. A resposta branda desvia o furor, e o que se controla é mais forte que um guerreiro.
Mendengar dan Melakukan
Saudara-saudara yang aku kasihi! Kamu tahu bahawa setiap orang haruslah cepat mendengar, tetapi lambat berkata-kata, dan lambat naik marah.
Jawapan yang lembut meredakan kemarahan, sedangkan kata-kata yang pedas membangkitkan amarah.
Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh.
Orang bodoh menunjukkan kemarahan dengan terang-terang, tetapi orang bijak bersabar dan menahan kemarahan.
Orang bodoh lekas marah apabila tersinggung, tetapi orang bijak tidak menghiraukan nistaan.
Irar-se sem pecar
Paulo ensina: irai-vos, mas não pequeis. Não deixe o sol se pôr sobre a vossa ira, para não dar lugar ao diabo.
Jika kamu marah, janganlah biarkan kemarahan itu menyebabkan kamu berdosa. Janganlah marah sepanjang hari. Janganlah berikan peluang kepada Iblis.
Hanya orang bodoh suka bertengkar; sikap yang terpuji adalah menjauhi pertengkaran.
Kesombongan hanya membawa kesusahan; lebih bijak meminta nasihat.
Amor e perdão acima da raiva
O amor cobre multidão de pecados. A Bíblia nos chama a não alimentar rancor, mas a perdoar e amar, vencendo a raiva com compaixão.
Kebencian menimbulkan pertengkaran, tetapi kasih mengampunkan segala kesalahan.
Sesiapa yang mengasihi orang lain, sabar dan baik hati; dia tidak iri hati, tidak bercakap besar, dan tidak sombong. Dia tidak berkasar, tidak mementingkan diri sendiri, tidak cepat tersinggung, dan tidak mendendam.
Jangan berdendam terhadap sesiapa pun. Selesaikanlah perselisihan kamu dengan dia, supaya kamu tidak berdosa kerana orang itu.Jangan balas dendam terhadap sesiapa pun, atau terus-menerus membenci orang. Kasihilah sesama kamu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri. Akulah TUHAN.
Yesus berkata lagi, "Apa yang keluar daripada seseorang menajiskan dia, kerana dari hatilah timbul fikiran jahat yang menyebabkan orang berbuat cabul, merompak, membunuh, berzina, tamak; melakukan segala perkara yang jahat, seperti menipu, berbuat yang tidak senonoh, cemburu, memfitnah, sombong, dan tidak berbudi pekerti. Semua perkara jahat ini timbul dari dalam dan hal itulah yang menajiskan orang."
Saudara-saudaraku, berhati-hatilah supaya tidak seorang pun di kalangan kamu yang hatinya begitu jahat dan tidak percaya sehingga meninggalkan Allah yang hidup.
Israel Tidak Setia
TUHAN berfirman, "Apabila seorang suami menceraikan isterinya, lalu perempuan itu menjadi isteri orang lain, maka bekas suaminya tidak boleh mengambil dia kembali sebagai isteri, kerana perbuatan itu akan menajiskan seluruh negeri ini. Engkau Israel, sudah mempunyai banyak sekali kekasih, dan sekarang engkau mahu kembali kepada-Ku pula! Cuba tengok ke atas, ke puncak-puncak bukit! Tempat manakah yang belum pernah kaudatangi untuk melacurkan diri? Engkau duduk di pinggir jalan menantikan orang yang mahu berasmara; engkau bagaikan orang Arab yang mengadang mangsa di gurun. Engkau menajiskan negeri ini dengan perzinaan dan kejahatanmu. Itulah sebabnya hujan tidak turun, dan hujan pada musim bunga tidak datang. Engkau mirip pelacur; engkau tidak tahu malu.
Tetapi sekarang engkau berkata kepada-Ku, ‘Engkaulah bapaku. Engkau mengasihi aku sejak aku kecil. Engkau tidak akan terus-menerus murka kepadaku; Engkau tidak akan marah kepadaku selama-lamanya.’ Hai Israel, itulah yang engkau katakan tetapi engkau juga melakukan segala kejahatan itu."
Israel dan Yehuda Mesti Bertaubat
Pada masa pemerintahan Raja Yosia, TUHAN berfirman kepadaku, "Sudahkah engkau nampak perbuatan Israel, perempuan yang tidak setia itu? Dia meninggalkan Aku dan melacurkan diri di atas setiap bukit tinggi dan di bawah setiap pokok hijau. Aku berfikir bahawa selepas dia melakukan semua itu, dia akan kembali kepada-Ku. Tetapi dia tidak kembali, dan Yehuda, saudaranya yang tidak setia, nampak semua perbuatannya itu. Yehuda juga nampak bahawa Aku menceraikan Israel dan menghalaunya, kerana dia telah meninggalkan Aku dan menjadi pelacur. Tetapi Yehuda yang tidak setia, saudara Israel itu, tidak takut. Malah Yehuda ikut menjadi pelacur dan sama sekali tidak berasa malu. Dia menajiskan negeri dan dia berzina kerana memuja batu dan pokok kayu. Setelah melakukan semua itu, Yehuda yang tidak setia itu berpura-pura kembali kepada-Ku, kerana hatinya tidak ikhlas. Aku, TUHAN, telah berfirman."
Kemudian TUHAN memberitahu aku bahawa walaupun Israel telah meninggalkan Dia, ternyata Israel lebih baik daripada Yehuda yang tidak setia itu. TUHAN menyuruh aku pergi menyampaikan perkara ini kepada Israel, "Hai Israel yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku. Aku penuh belas kasihan dan tidak murka; Aku tidak akan murka kepadamu selama-lamanya. Hanya mengakulah bahawa engkau bersalah dan telah memberontak terhadap TUHAN, Allahmu. Mengakulah bahawa di bawah setiap pokok hijau engkau telah mencurahkan cintamu kepada tuhan-tuhan bangsa lain, dan tidak mentaati perintah-Ku. Aku, TUHAN telah berfirman.
Hai umat yang tidak setia, kembalilah kepada-Ku; kamu milik-Ku. Aku akan mengambil kamu, seorang dari setiap kota, dan dua orang daripada setiap puak, lalu Aku akan membawa kamu kembali ke Bukit Sion. Aku akan memberi kamu pemimpin-pemimpin yang taat kepada-Ku. Mereka akan memimpin kamu dengan kebijaksanaan dan pengertian. Kemudian apabila kamu telah bertambah banyak di negeri ini, orang tidak akan bercakap tentang Tabut Perjanjian-Ku lagi. Mereka tidak akan memikirkan atau mengingatnya lagi; malah mereka tidak akan memerlukannya atau membuat Tabut Perjanjian yang lain. Pada masa itu kota Yerusalem akan disebut ‘Takhta TUHAN’, dan semua bangsa akan berkumpul di kota itu untuk menyembah Aku. Mereka tidak akan lagi mengikut kemahuan hati mereka yang degil dan jahat itu. Israel akan bergabung dengan Yehuda, lalu bersama-sama datang dari negeri pembuangan di sebelah utara. Mereka akan kembali ke negeri yang telah Kuberikan sebagai tanah pusaka kepada nenek moyang kamu."
Umat Allah Menyembah Berhala
TUHAN berfirman,
"Hai Israel, Aku ingin menerima engkau sebagai anak-Ku,
dan memberi engkau negeri yang menyenangkan hati,
negeri yang terbaik di seluruh dunia.
Aku ingin engkau memanggil Aku ‘Bapaku’,
dan tidak sekali-kali berpaling daripada-Ku lagi.
Tetapi seperti isteri yang tidak setia,
engkau pun tidak setia kepada-Ku.
Aku, TUHAN telah berfirman."
Suara terdengar di atas puncak-puncak bukit;
suara umat Israel yang menangis dan merayu,
kerana mereka telah berdosa,
dan lupa akan TUHAN, Allah mereka.
Kembalilah, kamu semua yang telah meninggalkan TUHAN;
Dia akan menyembuhkan kamu dan menjadikan kamu setia.
Kamu berkata, "Sekarang kami datang kepada TUHAN kerana Dia Allah kami. Sia-sia sahaja kami menyembah berhala di atas puncak-puncak bukit! Pertolongan untuk Israel hanya datang daripada TUHAN, Allah kami. Tetapi penyembahan kepada Baal, berhala yang memalukan itu, telah menyebabkan kami kehilangan anak-anak, baik lelaki mahupun perempuan, serta ternakan lembu dan domba, iaitu segala sesuatu yang telah diusahakan oleh nenek moyang kami sejak dahulu kala. Oleh itu, biarlah kami menanggung malu dan biarlah kami menjadi hina. Kami dan nenek moyang kami selalu berdosa terhadap TUHAN, Allah kami; kami tidak pernah taat kepada perintah-Nya."
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.