Sabedoria
A sabedoria é um dos temas mais ricos da Bíblia. O temor do Senhor é seu princípio, e buscá-la vale mais que ouro ou prata. Deus promete dar sabedoria generosamente a quem pedir com fé.
O princípio da sabedoria
O temor do Senhor é o início de toda sabedoria verdadeira. Quem reverencia a Deus aprende a viver com discernimento e prudência.
Nasihat kepada Orang Muda
Untuk memperoleh pengetahuan, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Orang bodoh tidak tahu menghargai hikmat dan tidak mahu belajar.
Jika kamu hendak menjadi bijaksana, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Jika kamu kenal akan Yang Maha Suci, kamu akan memperoleh pengertian.
Hormat dan takut kepada TUHAN adalah cara memperoleh hikmat. Kehormatan didahului oleh kerendahan hati.
Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN;
Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya.
Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!
Tetapi di manakah hikmat dapat dicari?
Di manakah kita dapat belajar agar mengerti?
Hikmat tidak didapati di kalangan manusia;
tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya.
Lautan dan samudera
mengatakan hikmat tidak terdapat di sana.
Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni,
dan dengan perak pun tidak dapat dibeli.
Emas dan permata yang paling berharga
tidak dapat mengimbangi nilainya.
Nilainya lebih daripada emas,
dan daripada jambangan kencana ataupun kristal.
Hikmat lebih tinggi nilainya
daripada batu karang, hablur, atau mutiara.
Batu topaz dan emas tulen
tidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat.
Di manakah sumber hikmat?
Di manakah kita dapat pengertian?
Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya,
bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya.
Maut dan kemusnahan pun berkata
bahawa yang didengar khabar angin sahaja.
Sabedoria como dom de Deus
A verdadeira sabedoria vem do alto. Deus a concede generosamente a quem pede com fé, sem lançar em rosto a fraqueza humana.
Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.
Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.
Jika ada sesiapa antara kamu kurang bijaksana, hendaklah dia berdoa kepada Allah supaya Allah memberikan kebijaksanaan kepadanya; kerana Allah memberikan dengan murah hati dan dengan sukacita kepada setiap orang.
TUHANlah yang memberikan hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada-Nya.
TUHANlah yang memberikan hikmat. Pengetahuan dan pengertian berasal daripada-Nya.
Ya, mohonlah dengan bersungguh-sungguh supaya mendapat pengetahuan dan mintalah pengertian. Barulah kamu akan tahu maknanya takut kepada TUHAN, dan kamu akan mendapat pengetahuan tentang Allah.
Aku memuji dan menghormati Engkau, ya Allah nenek moyangku.
Engkau telah memberi aku kebijaksanaan dan kekuatan;
Engkau telah mengabulkan doaku,
dan memberi kami jawapan bagi raja."
"Allah sungguh bijak dan berkuasa!
Pujilah Dia selama-lamanya.
Allah memberi empat orang pemuda itu pengetahuan dan kepakaran dalam kesusasteraan dan falsafah. Tambahan pula, Dia memberi Daniel kebolehan untuk mentafsirkan penglihatan dan mimpi.
A sabedoria do alto
A sabedoria que vem de Deus é pura, pacífica, amável, cheia de misericórdia e de bons frutos. Ela se opõe à sabedoria terrena e mundana.
Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.
Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.
Tetapi orang yang mempunyai kebijaksanaan yang datang dari syurga, pertama sekali murni, suka akan kedamaian, lemah lembut, dan ramah tamah. Mereka berbelas kasihan dan mengamalkan segala macam perbuatan baik. Mereka tidak berat sebelah ataupun munafik.
Kebijaksanaan yang Datang dari Syurga
Adakah antara kamu seorang yang bijak dan pandai? Dia harus membuktikannya dengan kelakuannya yang baik, dan melalui kebajikan yang diamalkannya dengan kerendahan hati dan kebijaksanaan.
Kebijaksanaan Allah
Walaupun demikian, aku juga berkata-kata tentang kebijaksanaan kepada mereka yang mempunyai kehidupan rohani yang matang. Tetapi kebijaksanaan itu bukanlah kebijaksanaan dunia ini, ataupun kebijaksanaan roh-roh yang berkuasa dan yang memerintah dunia ini. Kekuasaan roh-roh itu akan lenyap. Kebijaksanaan yang aku sampaikan itu kebijaksanaan daripada Allah. Kebijaksanaan itu tidak diketahui oleh umat manusia, tetapi Allah sudah menyediakannya untuk kebahagiaan kita, sebelum Dia menjadikan dunia ini.
Tetapi kami mengisytiharkan Kristus yang disalibkan. Berita itu menyinggung perasaan orang Yahudi, dan dianggap suatu kebodohan oleh orang bukan Yahudi. Tetapi bagi mereka yang sudah dipanggil oleh Allah, baik orang Yahudi mahupun orang bukan Yahudi, berita itu Kristus, yang menunjukkan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah. Hal itu demikian kerana apa yang nampaknya seperti kebodohan Allah, sebenarnya lebih bijak daripada kebijaksanaan manusia; apa yang nampaknya seperti kelemahan Allah, sebenarnya lebih kuat daripada kekuatan manusia.
Janganlah sesiapa pun menipu diri sendiri. Jika sesiapa antara kamu menganggap dirinya bijak menurut penilaian dunia ini, biarlah dia menjadi bodoh supaya dia menjadi benar-benar bijaksana.
Janganlah sesiapa pun menipu diri sendiri. Jika sesiapa antara kamu menganggap dirinya bijak menurut penilaian dunia ini, biarlah dia menjadi bodoh supaya dia menjadi benar-benar bijaksana.
Aku berbuat demikian supaya kamu dan mereka berteguh hati, dan juga bersatu kerana saling mengasihi. Dengan demikian kamu dan mereka sungguh-sungguh meyakini dan mengerti serta mengenal rahsia Allah, iaitu Kristus sendiri.Kristuslah yang menyingkap segala kebijaksanaan dan pengetahuan Allah yang diibaratkan sebagai harta tersembunyi.
Direção e discernimento
Deus guia os humildes na justiça e ensina seu caminho aos mansos. Ele promete dirigir nossos passos quando confiamos nele de todo o coração.
Percayalah kepada TUHAN dengan sepenuh hatimu. Jangan bergantung kepada pengertianmu sendiri. Ingatlah akan TUHAN dalam segala perbuatanmu, dan Dia akan menunjukkan cara hidup yang baik kepadamu.
Jangan anggap dirimu lebih bijaksana daripada yang sebenarnya. Taatlah kepada TUHAN dan jauhilah kejahatan.
TUHAN berfirman,
"Aku akan menunjukkan jalan yang harus kauikuti.
Engkau akan Kubimbing dan Kunasihati.
Dia memimpin orang yang rendah hati ke jalan yang benar,
dan mengajar mereka kehendak-Nya.
Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,
nyatakanlah apa yang harus aku lakukan.
Ajarlah aku supaya aku hidup menurut kehendak-Mu,
kerana Engkau penyelamatku.
Aku selalu berharap kepada-Mu.
TUHAN memimpin orang ke jalan yang harus ditempuhnya
dan melindungi orang yang diperkenankan-Nya.
Setiap pagi ingatkanlah aku tentang kasih-Mu,
kerana aku berharap kepada-Mu.
Aku berdoa kepada-Mu;
tunjukkanlah aku jalan yang harus aku tempuh.
Engkaulah Allahku;
ajarlah aku melakukan kehendak-Mu.
Berbuat baiklah kepadaku,
dan pimpinlah aku ke jalan yang selamat.
Selamatkanlah aku, ya TUHAN, menurut firman-Mu;
selamatkanlah aku daripada kesusahan kerana Engkau baik.
Ajarilah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,
dan pimpinlah aku pada jalan yang selamat,
kerana musuhku amat banyak.
A Palavra como fonte de sabedoria
A Palavra de Deus é lâmpada para os pés e luz para o caminho. Meditar nas Escrituras nos dá entendimento superior ao dos mestres.
Taurat TUHAN Memberikan Cahaya
Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,
dan cahaya yang menerangi jalanku.
Taurat TUHAN Memberikan Cahaya
Firman-Mu itu pelita yang memimpin aku,
dan cahaya yang menerangi jalanku.
Bukalah mataku supaya aku dapat melihat
ajaran yang mengagumkan dalam Taurat-Mu.
Penjelasan ajaran-Mu memberikan cahaya,
memberikan pengertian kepada orang jahil.
Kebahagiaan Sejati
Berbahagialah orang
yang tidak mengikut nasihat orang jahat,
tidak mengikut contoh orang yang berdosa,
atau bergaul dengan orang yang menghina Allah,
tetapi suka mentaati Taurat TUHAN
dan merenungkannya siang malam.
Hendaklah ajaran Kristus yang penuh berkat meresap di hati kamu. Hendaklah kamu saling mengajar dan menasihati dengan segala kebijaksanaan. Nyanyikanlah mazmur, nyanyian pujian, dan lagu rohani. Bernyanyilah untuk Allah dengan perasaan syukur di dalam hati.
Ajaran mereka akan memimpin kamu dalam perjalanan, melindungi kamu pada waktu malam, dan menasihati kamu pada waktu siang.
Sabedoria prática para o dia a dia
A sabedoria se aplica em cada decisão: nas finanças, nos relacionamentos, no trabalho e no uso do tempo. Vivamos como sábios, não como insensatos.
Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat.
Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat.
Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.
Orang yang suka mendengar nasihat dan mahu belajar akan menjadi bijaksana kelak.
Sesiapa mengejar pengetahuan, mengasihi dirinya; sesiapa mengingat apa yang dipelajarinya, akan berjaya.
Mintalah nasihat supaya berjaya. Jangan pergi berperang tanpa membuat rancangan.
kerana kamu harus membuat rancangan dengan baik-baik sebelum kamu berperang. Semakin banyak nasihat yang kamu terima, semakin besar pula harapan kamu untuk menang.
Orang yang bertenang itu bijak, tetapi orang yang cepat marah itu bodoh.
Kesombongan hanya membawa kesusahan; lebih bijak meminta nasihat.
Orang yang berhati-hati dengan kata-katanya, melindungi diri sendiri. Orang yang bercakap sembarangan, membinasakan dirinya.
Orang bodoh selalu menganggap diri mereka betul, sedangkan orang bijak mendengarkan nasihat.
Orang yang sombong akan dipermalukan. Bersikap rendah hati adalah lebih bijaksana.
Orang bijak suka menerima nasihat. Orang yang merepek akan binasa.
Orang bijak sentiasa sedia dan suka belajar.
Orang yang bodoh tidak peduli sama ada dia faham atau tidak. Dia hanya ingin mengatakan pendapat sendiri.
Orang bodoh pun mungkin dianggap bijak dan pandai jika mereka berdiam diri dan menutup mulut.
Amsal ini dapat menambah pengetahuan orang bijaksana dan dapat membimbing orang terpelajar.
Hendaklah kamu bijaksana dalam hubungan dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, dan gunakan setiap peluang dengan sebaik-baiknya. Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya.
Hendaklah kamu bijaksana dalam hubungan dengan orang yang tidak percaya kepada Kristus, dan gunakan setiap peluang dengan sebaik-baiknya. Hendaklah percakapan kamu menyeronokkan dan menarik. Hendaklah kamu tahu memberikan jawapan kepada setiap orang dengan sepatutnya.
Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Ingatlah, kamu akan menerima pahala daripada Tuhan, yang telah disediakan Tuhan untuk umat-Nya. Hal itu demikian kerana tuan yang kamu layani sebenarnya Kristus.
O valor da sabedoria
A sabedoria é mais preciosa que rubis. Quem a encontra, encontra a vida e alcança o favor do Senhor. Nada se compara a ela.
Berbahagialah orang yang menjadi bijaksana dan mendapat pengertian.
Orang yang menemukan aku memperoleh hidup,
dia diperkenankan TUHAN.
Jauh lebih baik mendapat hikmat dan pengetahuan daripada mendapat emas dan perak.
Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang menentukan jalan hidup manusia.
Manusia membuat rancangan, tetapi Allah yang memberikan keputusan.
dan memberikan jaminan seperti wang tunai. Berbahagialah orang yang mengetahui bahawa hikmat melindungi hidup orang yang memilikinya.
Jangan sekali-kali bertanya, "Mengapakah keadaan dahulu lebih baik daripada sekarang?" Pertanyaan itu bodoh!
Allah memberikan hikmat, pengetahuan, dan kegembiraan kepada orang yang menyenangkan hati-Nya. Tetapi orang berdosa disuruh-Nya bekerja mencari nafkah dan menimbun hasil, dan akhirnya semua itu diberikan kepada orang yang menyenangkan hati Allah. Semua itu sia-sia, seperti mengejar angin.
Jalankanlah segala tugasmu dengan sungguh-sungguh, kerana di dunia orang mati tiada pekerjaan, fikiran, pengetahuan, ataupun hikmat lagi; ke sanalah kamu akan pergi.
A sabedoria e a soberania de Deus
Os caminhos de Deus são mais altos que os nossos. Sua sabedoria é insondável, eterna e infinitamente superior ao entendimento humano.
Setinggi langit dari bumi,
setinggi itulah jalan-Ku daripada jalanmu,
dan fikiran-Ku daripada fikiranmu.
TUHAN berfirman, "Fikiran-Ku bukan seperti fikiran kamu,
dan jalan-Ku bukan seperti jalan kamu.
Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?
TUHAN ialah Allah yang kekal;
Dialah yang menciptakan seluruh bumi.
Dia tidak pernah letih atau lesu.
Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.
Tidakkah kamu tahu? Belumkah kamu mendengar?
TUHAN ialah Allah yang kekal;
Dialah yang menciptakan seluruh bumi.
Dia tidak pernah letih atau lesu.
Tiada sesiapa pun dapat menyelami fikiran-Nya.
Ketaatan Hamba TUHAN
TUHAN Raja telah mengajar aku tentang apa yang harus kukatakan,
supaya aku dapat menguatkan orang yang letih lesu.
Tiap-tiap pagi Dia membangkitkan keinginanku
untuk mendengar ajaran-Nya bagiku.
Allah Akan Melindungi Yerusalem
Malanglah orang yang pergi ke Mesir untuk minta tolong! Mereka bersandar kepada kekuatan angkatan perang Mesir - kuda, kereta kuda, dan askar. Tetapi mereka tidak bergantung kepada TUHAN, Allah Israel, Allah yang suci atau minta pertolongan-Nya. TUHAN bijaksana dan tahu apa yang dibuat-Nya. Dia mendatangkan bencana, dan melaksanakan ancaman-Nya untuk menghukum orang jahat serta orang yang menolong mereka.
Semua kebijaksanaan itu datangnya daripada TUHAN Yang Maha Kuasa. Rancangan-rancangan Allah bijak dan sentiasa berjaya.
Kuasa TUHAN akan mengurniakan kebijaksanaan kepada dia
juga pengetahuan dan kecekapan untuk memerintah umatnya.
Dia mengenal kehendak TUHAN
dan menghormati Dia.
Dia suka mentaati TUHAN.
Dia tidak menghakimi orang secara sekilas pandang
ataupun berdasarkan kata orang.
Aku akan sentiasa memimpin kamu serta mengenyangkan kamu di tanah kering. Aku akan menjadikan kamu kuat dan sihat. Kamu akan menjadi seperti taman yang mendapat cukup air, dan seperti mata air yang tidak pernah kering.
Pujian untuk Allah
Alangkah hebatnya kekayaan, kebijaksanaan, dan pengetahuan Allah! Siapakah dapat menjelaskan keputusan-Nya? Siapakah dapat memahami cara Dia melakukan sesuatu?
Muliakanlah Allah yang esa dan yang maha bijak. Muliakanlah Dia selama-lamanya kerana apa yang sudah dilakukan oleh Yesus Kristus! Amin.
Kita tahu bahawa Allah mengendalikan segala hal sehingga menghasilkan yang baik bagi orang yang mengasihi Dia dan yang sudah dipanggil-Nya sesuai dengan rancangan-Nya.
Ya TUHAN, sungguh banyak ciptaan-Mu!
Sungguh bijak Engkau mencipta semuanya!
Bumi penuh dengan makhluk ciptaan-Mu.
Sungguh agung dan perkasa Tuhan kita;
kebijaksanaan-Nya tidak terhingga.
Engkau membimbing aku dengan nasihat,
dan kelak Engkau menyambut aku dengan kehormatan.
Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,
supaya kami menjadi bijak bestari.
Kata-kata orang yang baik itu bijak,
dan mereka sendiri pun adil.
Carilah kebahagiaan yang datang daripada TUHAN,
dan Dia akan memuaskan keinginan hatimu.
Tetapi demi kasih-Mu yang besar,
aku dapat masuk ke Rumah-Mu.
Aku boleh menyembah Engkau di dalam Rumah-Mu yang suci,
dan bersujud di hadapan-Mu dengan hormat.
Jalan yang menuju kehidupan Engkau tunjukkan kepadaku;
hadirat-Mu menggembirakan aku,
dan sentiasa membahagiakan aku.
Sambil menangis umat-Ku akan kembali,
mereka berdoa semasa Aku memimpin mereka pulang.
Aku memimpin mereka ke anak-anak sungai,
melalui jalan rata supaya mereka tidak tersandung.
Aku seperti seorang bapa kepada Israel,
Efraim ialah anak-Ku yang sulung."
Ya TUHAN, aku insaf bahawa tiada seorang pun berkuasa atas hidupnya;
tiada seorang pun dapat mengendalikan jalan hidupnya.
Lagu Pujian kepada Allah
TUHAN menjadikan bumi dengan kuasa-Nya;
dengan hikmat-Nya Dia menciptakan dunia
dan membentangkan langit.
Jangan banggakan hari esok, kerana orang tidak tahu apa yang akan berlaku nanti.
Orang jahat tidak memahami keadilan; orang yang menyembah TUHAN, sungguh-sungguh memahaminya.
Dengan kuasa Allah yang bekerja dalam diri kita, Allah dapat melakukan perkara yang jauh lebih banyak daripada yang kita minta atau fikirkan. Hendaklah Allah dimuliakan selama-lamanya di kalangan jemaah, melalui Kristus Yesus! Terpujilah Allah! Amin.
Amaran Terakhir dan Salam
Inilah kali ketiga aku akan datang melawat kamu. Di dalam Alkitab tertulis, "Setiap tuduhan harus didukung oleh kesaksian dua atau tiga orang saksi."
Janganlah lupa akan nasihat Allah, yang diberikan kepada kamu sebagai anak-anak-Nya:
"Hai anak-Ku, perhatikan baik-baik apabila Tuhan menunjukkan kesalahanmu,
dan janganlah kecil hati apabila Dia menghukum kamu.
Tuhan menunjukkan kesalahan setiap orang yang dikasihi-Nya,
dan menghukum setiap orang yang diakui-Nya sebagai anak."
Akhirnya, saudara-saudaraku, hendaklah kamu menumpukan fikiran hanya kepada perkara-perkara yang baik dan yang patut dipuji, iaitu perkara yang benar, yang mulia, yang adil, yang murni, yang elok dan yang terhormat.
Oleh itu, jangan khuatiri hari esok, kerana ada cukup hal yang dikhuatirkan pada hari esok. Cukuplah kesusahan hari ini, tidak usah ditambah lagi."
Pada Hari Kiamat kelak, ratu dari Syeba akan bangkit bersama-sama orang zaman ini, lalu menuduh kamu kerana ratu itu datang dari hujung bumi untuk mendengar ajaran Raja Salomo yang bijak itu. Ketahuilah, di sini sekarang ada yang lebih besar daripada Raja Salomo!"
Pembina Rumah yang Pandai dan yang Bodoh
"Setiap orang yang mendengar kata-kata-Ku ini dan menurutnya, dia seperti seorang bijak yang membina rumah di atas batu.
Aku akan memberikan kata-kata dan kebijaksanaan kepada kamu, sehingga tiada seorang musuh pun dapat melawan atau menafikan kata-kata kamu.
Janganlah hakimi orang berdasarkan apa yang kelihatan, tetapi berdasarkan keadilan."
TUHAN menciptakan bumi dengan hikmat-Nya;
Dia membentangkan langit dengan pengetahuan-Nya.
Hikmat ada pada orang tua,
tetapi hikmat dan kuasa ada pada Allah sahaja.
Pengertian ada pada orang tua,
tetapi pengertian dan kuasa untuk bertindak ada pada Allah sahaja.
Kemudian Ayub menjawab,
"Ya, aku telah mendengar semuanya dahulu.
Tetapi bagaimanakah manusia boleh menang dalam perkaranya terhadap Allah?
Bagaimanakah orang boleh berbantah dengan Dia?
Seribu soalan boleh diajukan oleh Allah,
tetapi satu pun tidak dapat dijawab oleh sesiapa.
Allah amat bijak dan berkuasa
sehingga tiada seorang pun dapat menentang Dia.
Sekali-kali tidak! TUHAN telah memberitahu kita apa yang baik. Perkara yang dituntut oleh TUHAN daripada kita adalah supaya kita berlaku adil, selalu mengamalkan kasih, dan dengan rendah hati hidup bersatu dengan Allah kita.
Baginda memberikan perintah ini kepada mereka, "Berhati-hatilah apabila kamu menghakimi orang, kerana kamu bertindak bukan atas nama manusia, melainkan atas nama TUHAN. Dia mengawasi kamu apabila kamu memberikan keputusan.
Tetapi apa yang akan berlaku dengan kehidupan kamu esok, kamu tidak tahu! Kamu seperti kepulan asap, yang kelihatan sebentar sahaja lalu lenyap.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.