Sonhos
Sonhos aparecem em toda a Bíblia como meio de revelação divina. Deus falou através de sonhos a patriarcas, profetas e servos, mas também alertou contra falsos sonhadores.
Sonhos como revelação divina
Deus usou sonhos para comunicar sua vontade a homens e mulheres ao longo da história bíblica, revelando caminhos e mistérios.
lalu TUHAN berfirman, "Dengarlah firman-Ku ini. Apabila ada nabi-nabi di kalangan kamu, Aku menyatakan diri kepada mereka dalam penglihatan dan Aku berfirman kepada mereka dalam mimpi.
Hari TUHAN
"Kemudian Aku akan mencurahkan Roh-Ku kepada semua orang:
anak lelaki dan anak perempuan kamu
akan mengisytiharkan perkhabaran-Ku;
orang tua kamu akan bermimpi,
dan orang muda kamu akan nampak penglihatan.
Khutbah Petrus
Lalu Petrus berdiri bersama-sama sebelas orang rasul yang lain. Dengan suara lantang dia mula berkata kepada mereka, "Saudara-saudara orang Yahudi dan semua yang tinggal di Yerusalem! Dengarlah baik-baik dan benarkan saya menjelaskan hal ini. Semua orang ini tidak mabuk seperti yang saudara-saudara sangka, kerana kini baru pukul sembilan pagi. Tetapi hal ini sudah diberitahukan oleh Allah melalui Nabi Yoel:
Allah berfirman, ‘Inilah yang akan berlaku pada akhir zaman,
Aku akan mencurahkan Roh-Ku ke atas semua orang.
Anak-anak lelaki dan perempuan kamu
akan memberitakan hal-hal yang Aku beritahukan mereka;
orang muda kamu akan melihat hal-hal yang Aku perlihatkan kepada mereka,
orang tua kamu akan mendapat mimpi yang Aku berikan kepada mereka.
Allah memberi empat orang pemuda itu pengetahuan dan kepakaran dalam kesusasteraan dan falsafah. Tambahan pula, Dia memberi Daniel kebolehan untuk mentafsirkan penglihatan dan mimpi.
Kemudian raja bertanya kepada Daniel yang juga disebut Beltsazar, "Dapatkah kamu memberitahu beta mimpi beta dan mentafsirkannya?"
Daniel menjawab, "Tiada orang berilmu, ahli sihir, penilik atau ahli nujum yang dapat melakukan hal itu. Tetapi Allah penguasa di syurga, menyatakan segala rahsia; Dia telah memberitahu tuanku hal masa depan. Oleh itu perkenanlah hamba menceritakan mimpi tuanku, iaitu penglihatan yang tuanku nampak ketika tuanku beradu.
Sonhos na história da Bíblia
De José no Egito a José pai de Jesus, Deus guiou a história da salvação através de sonhos, protegendo e dirigindo seu povo.
Mereka menjawab, "Kami bermimpi semalam, dan tiada sesiapa pun yang mengetahui ertinya."
Yusuf berkata, "Hanya Allah yang membolehkan orang mentafsirkan mimpi. Cuba ceritakan mimpi itu."
Raja bertitah kepadanya, "Beta sudah bermimpi, tetapi tiada seorang pun dapat menjelaskan erti mimpi itu. Beta sudah diberitahu bahawa kamu dapat mentafsirkan mimpi."
Yusuf menjawab, "Tuanku, bukan hamba melainkan Allah yang dapat memberikan tafsiran yang baik bagi tuanku."
Yusuf mempertimbangkan perkara itu. Kemudian dalam mimpi, malaikat Tuhan menampakkan diri kepadanya. Malaikat itu berkata, "Hai Yusuf, keturunan Daud! Janganlah takut memperisteri Maria. Dia mengandung kerana kuasa Roh Allah. Maria akan melahirkan seorang anak lelaki. Anak itu harus engkau namakan Yesus, kerana Dia akan menyelamatkan umat-Nya daripada dosa mereka."
Sementara Pilatus duduk di balai pengadilan, isterinya mengirim berita kepadanya, "Janganlah turut campur perkara orang yang tidak bersalah itu, kerana saya mendapat mimpi buruk tentang dia."
Doa Minta Pemulihan
Lagu ziarah.
Apabila TUHAN membawa kita balik ke Yerusalem,
kita seperti bermimpi!
Sabedoria sobre sonhos
A Bíblia ensina discernimento: nem todo sonho vem de Deus. Devemos entregar nossos planos ao Senhor e confiar na direção dele.
Serahkanlah segala usahamu kepada TUHAN, maka rancanganmu akan berjaya.
Manusia mempunyai banyak rancangan, tetapi hanya kehendak TUHAN akan terlaksana.
Mungkin seorang nabi ataupun pentafsir mimpi berjanji akan mengadakan perbuatan ajaib atau mukjizat untuk mengajak kamu menyembah dan mengabdi kepada tuhan-tuhan yang tidak pernah kamu sembah. Walaupun perkara yang dijanjikan oleh nabi itu benar-benar berlaku, jangan pedulikan kata-katanya. TUHAN, Allah kamu menggunakan dia untuk menguji kamu, supaya TUHAN tahu sama ada kamu mengasihi-Nya dengan sepenuh hati atau tidak. Ikutlah TUHAN dan hormatilah Dia. Taatilah Dia dan patuhilah perintah-Nya; sembahlah Dia dan setialah kepada-Nya.
Aku tahu semua yang dikatakan oleh nabi-nabi itu. Demi nama-Ku mereka berdusta bahawa perkhabaran-Ku telah diterima mereka melalui mimpi. Sampai bilakah nabi-nabi itu akan menyesatkan umat-Ku dengan dusta yang dibuat-buat mereka sendiri?
Aku, TUHAN berfirman; dengarlah! Aku akan melawan nabi-nabi yang menyampaikan mimpi yang penuh dusta. Mereka menceritakan mimpi-mimpi itu lalu menyesatkan umat-Ku dengan dusta dan cakap besar mereka. Aku tidak mengutus atau memberikan arahan kepada nabi-nabi itu. Mereka sama sekali tidak berguna bagi umat-Ku. Aku, TUHAN, telah berfirman."
Oleh itu, apabila berjanji kepada Allah, tepatilah janji itu secepat mungkin. Allah tidak suka kepada orang bodoh. Tunaikanlah janji.
Hidup yang Sia-Sia
Jangan hairan apabila melihat pemerintah menindas orang miskin dan merampas hak mereka, serta tidak memberi mereka keadilan. Tiap-tiap pegawai dilindungi oleh pegawai atasannya, dan kedua-duanya dilindungi oleh pegawai yang berpangkat lebih tinggi.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.