Pular para o conteúdo
Publicidade

Temor do Senhor

Por Bíblia Online

O temor do Senhor é o princípio da sabedoria. Não se trata de medo, mas de reverência profunda, respeito e admiração diante da santidade e grandeza de Deus.

O princípio da sabedoria

A Escritura afirma que temer ao Senhor é o primeiro passo para a verdadeira sabedoria. Quem teme a Deus discerne o certo e aprende a viver com prudência.

Cara menjadi bijak adalah dengan menghormati TUHAN;

Dia memberikan pengertian kepada semua orang yang mentaati perintah-Nya.

Hendaklah TUHAN dipuji selama-lamanya!

Jika kamu hendak menjadi bijaksana, pertamanya kamu mesti hormat dan takut kepada TUHAN. Jika kamu kenal akan Yang Maha Suci, kamu akan memperoleh pengertian.

Hormat dan takut kepada TUHAN adalah cara memperoleh hikmat. Kehormatan didahului oleh kerendahan hati.

Allah berfirman kepada manusia,

"Untuk mendapat hikmat, kamu mesti takut dan hormat kepada Tuhan.

Untuk mendapat pengertian, kamu mesti meninggalkan kejahatan."

Hukum TUHAN itu benar,

menggembirakan hati.

Perintah TUHAN itu adil,

memberi orang pengertian.

Berbakti kepada TUHAN itu baik,

berlanjutan selama-lamanya.

Ketetapan TUHAN itu adil,

tidak berat sebelah.

Ketetapan TUHAN lebih berharga daripada emas murni,

lebih manis daripada madu.

Bênçãos do temor

Quem teme ao Senhor encontra vida longa, provisão e proteção. O temor de Deus nos guarda do mal e nos conduz à humildade.

Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN, serta merendahkan diri akan mendapat kekayaan, kehormatan, dan usia panjang.

Orang yang takut dan hormat kepada TUHAN akan hidup lama; orang jahat akan mati sebelum saatnya.

Jika hendak menjauhkan diri daripada maut, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN kerana Dia sumber kehidupan.

Orang yang taat setia kepada Allah akan mendapat pengampunan. Orang yang hormat dan takut kepada TUHAN akan terhindar daripada kejahatan.

Berbahagialah orang yang mentaati TUHAN, tetapi orang yang keras kepala akan dimusnahkan.

Malaikat TUHAN mengawal orang yang menghormati-Nya,

dan menyelamatkan mereka daripada bahaya.

Rasakanlah sendiri betapa baiknya TUHAN!

Berbahagialah orang yang berlindung kepada-Nya!

Vivendo no temor do Senhor

Temer ao Senhor é obedecer seus mandamentos, andar em seus caminhos e amá-lo de todo coração. Essa reverência se expressa em justiça e integridade.

Ikutlah TUHAN dan hormatilah Dia. Taatilah Dia dan patuhilah perintah-Nya; sembahlah Dia dan setialah kepada-Nya.

Oleh itu, patuhilah perintah TUHAN; hiduplah menurut hukum-Nya dan taatilah Dia.

Berbaktilah kepada TUHAN dengan hormat;

Singa juga lapar kerana kekurangan makanan,

tetapi orang yang mentaati TUHAN tidak kekurangan apa-apa yang baik.

Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,

aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.

Mahukah kamu menikmati hidup?

Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?

Jangan keluarkan kata-kata jahat,

dan jangan suka berdusta.

Takutlah akan TUHAN, dan bertindaklah dengan hati-hati, kerana TUHAN, Allah kita membenci orang yang curang, atau yang berat sebelah, ataupun yang menerima rasuah."

Jangan kutuk orang tuli, dan jangan letakkan batu sandungan di hadapan orang buta sehingga dia jatuh. Kamu harus takut akan Aku; Akulah TUHAN, Allah kamu.

Jangan tipu sesama orang Israel, tetapi takutlah akan TUHAN, Allah kamu.

Pinjaman kepada Orang Miskin

Jika seorang sesama bangsa Israel, yang tinggal di kalangan kamu jatuh miskin dan tidak mampu menyara hidupnya, kamu harus membantu dia sebagaimana kamu membantu orang asing atau pendatang, supaya dia dapat terus tinggal di kalangan kamu. Jangan tuntut faedah atas pinjamannya, tetapi taatlah kepada Allah dan biarlah sesama orang Israel tinggal di kalangan kamu.

Takutlah akan Allah

"Ingatlah, sahabat-sahabat-Ku! Janganlah takut akan mereka yang mengambil nyawa, tetapi kemudian tidak berkuasa berbuat apa-apa lagi. Biarlah Aku tunjukkan siapa yang mesti kamu takuti. Takutlah akan Allah, kerana Dia berkuasa mengambil nyawa orang, dan Dia juga berkuasa membuang orang itu ke dalam neraka! Percayalah, Allah yang harus kamu takuti!

Seja o primeiro

Este artigo te tocou? Faça uma oração!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.