Vida
A vida é um dom precioso de Deus. Desde a concepção até a eternidade, as Escrituras revelam o propósito, o valor e a plenitude da vida que o Senhor nos oferece.
Deus, o autor da vida
O Senhor é quem dá a vida e a sustenta. Cada ser humano foi formado por suas mãos com propósito e intenção divina.
Kemudian TUHAN Allah mengambil sedikit tanah dan membentuk manusia, lalu menghembuskan nafas yang memberi hidup ke dalam lubang hidungnya; maka hiduplah manusia itu.
Engkau menciptakan segala bahagian badanku;
Engkau membentuk aku di dalam rahim ibuku.
Aku memuji Engkau kerana Engkau menciptakan aku dengan baik dan luar biasa.
Segala perbuatan-Mu ajaib dan mengagumkan.
Aku benar-benar menyedarinya.
Ketika tulang-tulangku dijadikan,
dan dirangkaikan dengan teliti di dalam rahim ibuku,
ketika aku tumbuh di sana secara rahsia,
Engkau tahu bahawa aku di sana.
Engkau melihat aku semasa aku dalam kandungan ibuku.
Jangka masa hidupku sudah ditetapkan
dan dicatat di dalam kitab-Mu,
bahkan sebelum satu hari pun bermula.
Mereka mengenyangkan diri dengan makanan berlimpah dari rumah-Mu;
Engkau memberi mereka minuman dari sungai kebaikan-Mu.
Aku akan menyanyi untuk TUHAN sepanjang umurku;
aku akan menyanyikan pujian bagi Allahku seumur hidupku.
A vida em Cristo
Jesus é o caminho, a verdade e a vida. Nele encontramos sentido, plenitude e a promessa de vida abundante e eterna.
Yesus menjawab, "Akulah jalan untuk mengenal Allah dan untuk mendapat hidup. Tidak seorang pun dapat datang kepada Bapa kecuali melalui Aku.
Pencuri datang hanya untuk mencuri, membunuh, dan merosak. Tetapi Aku datang supaya manusia mendapat hidup, iaitu hidup yang kelimpahan.
Yesus berkata kepada Marta, "Akulah yang membangkitkan orang mati dan yang memberikan hidup. Sesiapa yang percaya kepada-Ku akan hidup, meskipun dia sudah mati. Orang yang hidup dan percaya kepada-Ku, tidak akan mati selama-lamanya. Adakah kamu percaya akan hal ini?"
"Akulah roti yang memberikan hidup," kata Yesus kepada mereka. "Orang yang datang kepada-Ku tidak akan lapar dan orang yang percaya kepada-Ku tidak akan dahaga selama-lamanya.
Seperti yang tertulis di dalam Alkitab, ‘Sesiapa yang percaya kepada-Ku, dari dalam hatinya akan memancar mata air yang memberikan hidup.’ " (
Yang hidup sekarang ini bukanlah aku, tetapi Kristus yang hidup dalam diriku. Hidup yang aku hayati sekarang ini adalah hidup dengan iman kepada Anak Allah yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan diri-Nya untuk aku.
Yang hidup sekarang ini bukanlah aku, tetapi Kristus yang hidup dalam diriku. Hidup yang aku hayati sekarang ini adalah hidup dengan iman kepada Anak Allah yang mengasihi aku dan yang telah mengorbankan diri-Nya untuk aku.
Vivendo com sabedoria
A Bíblia nos orienta a viver com sabedoria, aproveitando bem o tempo, guardando o coração e buscando a vontade de Deus para cada dia.
Sedarkanlah kami betapa pendeknya usia kami,
supaya kami menjadi bijak bestari.
Hai anakku, dengarlah kataku. Perhatikanlah baik-baik nasihatku supaya panjang umurmu.
Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.
Berhati-hatilah tentang apa yang kamu fikirkan, kerana pemikiranmu menentukan hidupmu.
Sesiapa mengejar pengetahuan, mengasihi dirinya; sesiapa mengingat apa yang dipelajarinya, akan berjaya.
Orang yang berhati-hati dengan kata-katanya, melindungi diri sendiri. Orang yang bercakap sembarangan, membinasakan dirinya.
Orang yang menerima teguran akan hidup sejahtera, tetapi orang yang tidak mahu mengakui kesalahannya berada dalam bahaya.
Jika hendak menjauhkan diri daripada maut, hormatlah dan takutlah kepada TUHAN kerana Dia sumber kehidupan.
Orang yang jujur dan baik hati berusia panjang. Dia akan dihormati dan diperlakukan dengan adil.
Oleh itu, perhatikanlah cara hidup kamu dengan baik. Janganlah hidup seperti orang bodoh, tetapi hiduplah seperti orang bijak. Setiap kali kamu berpeluang melakukan apa yang baik, gunakanlah peluang itu, kerana masa ini masa yang jahat.
A vida no dia a dia
Cada dia é uma oportunidade de glorificar a Deus. A Escritura nos chama a viver com propósito, confiança e fé prática.
Ajarlah aku kehendak-Mu, ya TUHAN,
nyatakanlah apa yang harus aku lakukan.
Aku tahu Engkau baik kepadaku dan mengasihi aku seumur hidupku;
rumah-Mu akan menjadi rumahku sepanjang hidupku.
Sekalipun jiwa ragaku menjadi lemah,
Engkaulah kekuatanku, ya Allah;
hanya Engkau yang aku perlukan selama-lamanya.
TUHAN akan melindungi kamu daripada segala bahaya;
Dia menjaga kamu supaya hidupmu selamat.
TUHAN akan melindungi kamu ketika kamu pergi dan balik,
dari sekarang hingga selama-lamanya.
Dengarlah aku! Selamatkanlah aku dengan segera!
Jadilah penaungku untuk melindungi aku,
dan pembelaku untuk menyelamatkan aku.
Aku telah memohon satu perkara kepada TUHAN;
hanya satu sahaja yang aku minta;
untuk tinggal di dalam Rumah TUHAN sepanjang hidupku,
untuk menyaksikan segala kebaikan-Nya,
dan meminta bimbingan-Nya.
Nantikanlah TUHAN dengan hati yang tenang,
tunggulah dengan sabar sampai Dia bertindak.
Jangan geram kerana orang yang hidup makmur,
atau kerana orang yang melakukan tipu muslihat.
Aku tidak sekali-kali akan melalaikan peraturan-Mu,
kerana dengan peraturan itu Engkau memelihara nyawaku.
Prioridades e eternidade
Jesus nos lembra que a vida é mais que comida e o corpo mais que roupa. O que importa é buscar o Reino de Deus e viver para a eternidade.
Oleh itu, jangan khuatir akan hidup kamu - apa yang akan kamu makan dan minum, atau apa yang akan kamu pakai. Bukankah hidup lebih penting daripada makanan, dan tubuh lebih bernilai daripada pakaian? Lihatlah burung di udara yang tidak menyemai benih, tidak menuai tuaian, dan tidak mengumpulkan hasil di dalam jelapang, tetapi Bapa kamu yang di syurga memelihara semuanya! Bukankah kamu jauh lebih berharga daripada burung? Siapakah antara kamu dapat memanjangkan umur walaupun sedikit dengan mengkhuatiri hidupnya?
Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati?
Kemudian Yesus memanggil pengikut-pengikut-Nya dan orang ramai di situ. Dia berkata kepada mereka, "Jika seseorang hendak mengikut Aku, dia mesti melupakan kepentingan sendiri, memikul salib, dan mengikut Aku. Sesiapa yang mempertahankan hidupnya akan kehilangan hidup yang sejati. Tetapi sesiapa yang mengorbankan hidupnya untuk-Ku dan untuk Berita Baik daripada Allah, akan menyelamatkannya. Apa gunanya jika seseorang memiliki seluruh dunia ini, tetapi kehilangan hidup yang sejati? Dapatkah hidup itu ditukar dengan sesuatu? Tentu tidak. Jika seseorang malu mengakui Aku dan ajaran-Ku pada zaman yang derhaka dan jahat ini, Anak Manusia juga akan malu mengakui orang itu, apabila Dia datang kelak dengan kemuliaan Bapa-Nya berserta malaikat-malaikat-Nya yang suci."
Seterusnya Yesus berkata kepada mereka semua, "Berjaga-jagalah dan berwaspadalah! Janganlah tamak! Hidup seseorang tidak terdiri daripada kekayaannya, walaupun hartanya banyak sekali."
Jika orang mengenal Engkau, satu-satunya Allah yang benar, dan mengenal Yesus Kristus yang sudah Engkau utus, maka mereka mendapat hidup sejati dan kekal.
Kematian adalah upah dosa, tetapi hidup sejati dan kekal bersama-sama Kristus Yesus Tuhan kita adalah anugerah Allah.
Janganlah ikut kebiasaan dunia, tetapi biarlah Allah membaharui cara kamu berfikir, sehingga kamu dapat mengetahui kehendak Allah - iaitu apa yang baik dan yang menyenangkan hati-Nya, serta yang sempurna.
Hidup kami berdasarkan kepercayaan kepada Kristus, dan bukan berdasarkan apa yang dapat dilihat.
Berusahalah untuk hidup rukun dengan semua orang. Berusahalah untuk hidup suci, khas bagi Tuhan, kerana tidak seorang pun akan melihat Tuhan jika tidak hidup seperti itu.
Berusahalah hidup dengan tenang; janganlah campuri hal orang lain dan carilah nafkah sendiri, sebagaimana kami katakan kepada kamu dahulu. Dengan cara ini kamu akan dihormati oleh mereka yang tidak percaya kepada Kristus. Kamu pun tidak perlu bergantung kepada sesiapa pun bagi keperluan kamu.
Lakukanlah semua tugas dengan sepenuh hati, seolah-olah kamu melakukannya untuk Tuhan dan bukan untuk manusia. Ingatlah, kamu akan menerima pahala daripada Tuhan, yang telah disediakan Tuhan untuk umat-Nya. Hal itu demikian kerana tuan yang kamu layani sebenarnya Kristus.
Cubaan dan Godaan
Berbahagialah orang yang tabah semasa mengalami cubaan. Apabila mereka berjaya mengatasi cubaan itu, mereka akan menerima pahala berupa kehidupan yang sudah dijanjikan oleh Allah kepada orang yang mengasihi-Nya.
Kebijaksanaan yang Datang dari Syurga
Adakah antara kamu seorang yang bijak dan pandai? Dia harus membuktikannya dengan kelakuannya yang baik, dan melalui kebajikan yang diamalkannya dengan kerendahan hati dan kebijaksanaan.
Di dalam Alkitab tertulis,
"Sesiapa yang hendak menikmati hidup
dan yang ingin mengalami masa yang baik,
tidak boleh memfitnah orang
dan tidak boleh berdusta.
Dia tidak boleh melakukan kejahatan lagi, tetapi berbuat baik;
dia harus berusaha dengan sungguh-sungguh untuk mendapat perdamaian.
Pujilah TUHAN, hai semua makhluk yang hidup!
Pujilah TUHAN!
Segala Sesuatu Ada Waktunya
Segala sesuatu di dunia ini berlaku pada waktu yang ditentukan Allah.
Jika kamu mematuhi perintah TUHAN, Allah kamu yang aku berikan kepada kamu hari ini, dan jika kamu mengasihi serta mentaati Dia, dan melakukan semua hukum-Nya, maka kamu akan makmur dan menjadi bangsa yang besar. TUHAN, Allah kamu akan memberkati kamu di tanah yang tidak lama lagi akan kamu duduki.
Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.
Tujuh puluh tahun sahaja usia kami,
lapan puluh, jika kami kuat;
namun yang kami alami hanya kekhuatiran dan kesusahan;
kehidupan segera berakhir dan kami pun lenyap.
dan hatiku penuh kecemasan.
Semakin aku berfikir, semakin susah hatiku;
lalu aku bertanya,
"Ya TUHAN, beritahulah aku masa kematianku
supaya aku tahu betapa singkatnya hidupku."
Betapa pendeknya umurku Engkau tentukan!
Bagi Engkau, seumur hidupku tidak bererti apa-apa.
Sesungguhnya hidup setiap orang seperti hembusan nafas,
Marilah, hai anak-anak semua dan dengarlah nasihatku,
aku akan mengajar kamu menghormati TUHAN.
Mahukah kamu menikmati hidup?
Mahukah kamu berumur panjang dan berbahagia?
Jangan keluarkan kata-kata jahat,
dan jangan suka berdusta.
Orang yang jujur akan dianugerahkan umur panjang; ubannya bagaikan mahkota yang mulia.
Seperti air mencerminkan wajah, demikian juga hati orang mencerminkan orang yang sebenarnya.
Este artigo te tocou? Faça uma oração!
+581 estão orando agora.
Junte-se à corrente de oração.