3 Yes 53.5-12Apa yang aku sampaikan kepada kamu adalah apa yang sudah aku terima. Inilah perkara terpenting: Kristus mati kerana dosa kita, sesuai dengan yang tertulis di dalam Alkitab. 4 Mzm 16.8-10;Mat 12.40;Kis 2.24-32Hal ini juga tertulis di dalam Alkitab: Dia dikuburkan dan pada hari ketiga Dia dihidupkan semula. 5 Mat 28.16-17;Mrk 16.14;Luk 24.34,36;Yoh 20.19Setelah itu Dia menampakkan diri kepada Petrus, dan kemudian kepada dua belas orang rasul. 6 Sesudah itu Dia menampakkan diri kepada lebih daripada lima ratus orang pengikut-Nya sekaligus. Kebanyakan daripada mereka masih hidup, meskipun beberapa orang sudah meninggal.
Publicidade