Perbuatan Cabul di Kalangan Jemaah
1 Ul 22.30Sebenarnya aku menerima laporan bahawa perbuatan cabul yang keterlaluan berlaku di kalangan kamu. Orang yang tidak mengenal Tuhan pun tidak melakukannya. Aku diberitahu bahawa seorang lelaki berzina dengan ibu tirinya! 2 Meskipun demikian, kamu masih membanggakan diri! Sebaliknya kamu seharusnya berdukacita, dan kamu harus memastikan bahawa orang yang sudah melakukan perbuatan itu dibuang daripada kalangan kamu.