Pular para o conteúdo
Publicidade

1 Petrus 1

1 Surat ini daripada Petrus, rasul Yesus Kristus dan ditujukan kepada umat pilihan Allah, yang tinggal sebagai orang pelarian yang tercerai-cerai di seluruh daerah , , Kapadokia, , dan . 2 Kamu dipilih sesuai dengan rancangan Allah Bapa, dan dijadikan umat-Nya yang suci oleh Roh Allah, supaya kamu taat kepada Yesus Kristus dan disucikan oleh darah-Nya.

Semoga Allah mengurniai kamu berkat dan kesejahteraan dengan berlimpah-limpah.

Harapan yang Kukuh

3 Marilah kita bersyukur kepada Allah, Bapa Tuhan kita Yesus Kristus! Kerana Dia sangat mengasihani kita, Dia mengurniai kita hidup yang baru, dengan membangkitkan Yesus Kristus daripada kematian. Hal ini memberikan harapan yang kukuh kepada kita. 4 Oleh itu, kita berharap untuk memiliki berkat-berkat yang disediakan oleh Allah bagi umat-Nya. Berkat-berkat itu disimpan-Nya di syurga, supaya tidak dapat rosak, reput, ataupun musnah. 5 Berkat-berkat itu untuk kamu kerana kamu percaya kepada Allah. Oleh itu kamu dipelihara oleh kuasa Allah supaya kamu menerima penyelamatan yang siap dinyatakan pada akhir zaman.

6 Oleh itu hendaklah kamu bersukacita, meskipun sekarang mungkin kamu harus berdukacita untuk sementara waktu kerana mengalami berbagai-bagai cubaan. 7 Semuanya bertujuan untuk membuktikan sama ada kamu sungguh-sungguh percaya kepada Tuhan atau tidak. Emas yang dapat rosak pun diuji dengan api. Oleh itu, iman kamu yang lebih berharga daripada emas pun harus diuji, supaya menjadi teguh. Dengan demikian, apabila Yesus Kristus datang kembali, kamu akan menerima pujian, kemuliaan, dan penghormatan daripada Allah. 8 Kamu mengasihi Dia meskipun kamu belum pernah melihat Dia. Kamu percaya kepada-Nya meskipun sekarang kamu tidak melihat Dia. Oleh itu, kegembiraan yang kamu alami itu sungguh besar, mulia, dan tidak terkata. 9 Hal itu demikian kerana kamu menerima penyelamatan jiwa kamu, iaitu tujuan kepercayaan kamu kepada Kristus.

10 Penyelamatan inilah yang dikaji dan diselidiki oleh para nabi, dan mereka bernubuat tentang anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu. 11 Roh Kristus ada pada diri para nabi, dan Roh itu bernubuat tentang penderitaan yang harus ditanggung oleh Kristus, dan tentang kemuliaan-Nya yang akan menyusul. Para nabi berusaha mengetahui masa dan bagaimana hal itu akan berlaku.masa dan bagaimana hal itu akan berlaku; atau siapa orang itu dan masa Dia akan datang.12 Allah memberitahu nabi-nabi itu bahawa apa yang dilakukan mereka bukanlah untuk kepentingan mereka sendiri, tetapi untuk kepentingan kamu. Perkara-perkara yang disampaikan oleh nabi-nabi itu, sekarang telah kamu dengar daripada mereka yang menyampaikan Berita Baik itu. Mereka mengisytiharkannya kepada kamu dengan kuasa Roh AllahRoh Allah; Harfiah: Roh Kudus. yang dikirim dari syurga. Bahkan malaikat-malaikat pun ingin memahami semua perkara itu.

Panggilan untuk Hidup Suci

13 Oleh itu, hendaklah kamu bersiap sedia. Berwaspadalah dan berharaplah dengan sepenuhnya akan berkat yang diberikan kepada kamu apabila Yesus Kristus datang kembali. 14 Taatlah kepada Allah, dan jangan hidup menurut keinginan kamu yang dahulu, ketika kamu masih belum mengenal Allah. 15 Sebaliknya, hendaklah kamu suci dalam segala sesuatu yang kamu lakukan, sebagaimana Allah yang memanggil kamu itu suci. 16 Im 11.44-45,19.2 Di dalam Alkitab tertulis, "Hendaklah kamu suci, kerana Aku suci."

17 Kamu memanggil Allah itu Bapa, apabila kamu berdoa kepada-Nya. Dia Allah yang menghakimi manusia menurut perbuatan masing-masing dan Dia tidak berat sebelah. Oleh itu hendaklah kamu menghormati Dia selama kamu hidup di dunia. 18 Kamu mengetahui apa yang telah dibayarkan untuk membebaskan kamu daripada kehidupan sia-sia yang kamu warisi daripada nenek moyang kamu. Bayarannya bukanlah sesuatu yang dapat dimusnahkan seperti perak atau emas, 19 tetapi korban yang sangat berharga, iaitu Kristus sendiri, yang menjadi seperti domba yang tidak bercacat cela. 20 Dia dipilih oleh Allah sebelum dunia ini diciptakan. Oleh itu menjelang akhir zaman ini, Dia datang untuk menyelamatkan kamu. 21 Melalui Dialah kamu percaya kepada Allah, yang sudah membangkitkan Dia daripada kematian dan memuliakan-Nya. Oleh itu, sekarang kamu percaya kepada Allah dan berharap kepada-Nya dengan sepenuhnya.

22 Kerana kamu mentaati ajaran benar daripada Allah,ajaran benar daripada Allah; Harfiah: kebenaran. kamu menjadi suci dan kamu mengasihi sesama saudara seiman dengan ikhlas. Oleh itu, hendaklah kamu saling mengasihi dengan sepenuh hati.dengan sepenuh hati; Beberapa buah naskhah kuno:dengan hati yang murni.23 Melalui firman Allah yang hidup dan kekal, kamu sudah dilahirkan kembali, bukan oleh manusia, tetapi oleh Bapa yang kekal. 24 Di dalam Alkitab tertulis,

"Umat manusia bagaikan rumput,

dan segala kemuliaan mereka seperti bunga rumput.

Rumput layu, bunga pun gugur;

25 Yes 40.6-8 tetapi firman Tuhan kekal selama-lamanya."

Firman itu Berita Baik yang diisytiharkan kepada kamu.

Lugar Bíblico
Região / Território
Ponto
Hoje: Ponto (Costa do Mar Negro), Turquia
ΠόντοςPontos
Ponto é a terra de onde veio o judeu Áquila, que chegou da Itália com Priscila, sua mulher, depois que Cláudio mandou os judeus saírem de Roma (Atos 18:2).
40,68° N, 37,83° L
Citado em 3 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Galácia
Hoje: Galácia (Anatólia Central), Turquia
ΓαλατίαGalatia
Galácia é uma região com igrejas, às quais Paulo escreveu uma carta; ele também percorreu a região, junto com a Frígia, fortalecendo os discípulos (Atos 18:23).
39,27° N, 32,98° L
Citado em 6 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Ásia
Hoje: Oeste da Anatólia, Turquia
ἈσίαAsia
Ásia é a província onde, durante dois anos, judeus e gregos que viviam ali ouviram a palavra do Senhor; sete igrejas, de Éfeso a Laodiceia, ficavam nela (Atos 19:10).
38,40° N, 28,30° L
Citado em 21 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Bitínia
Hoje: Bitínia (Noroeste da Turquia)
ΒιθυνίαBithunia
Bitínia foi a região onde Paulo e seus companheiros tentaram entrar, mas o Espírito de Jesus os impediu; nela também viviam peregrinos dispersos a quem Pedro escreveu (Atos 16:7).
40,50° N, 31,00° L
Citado em 2 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 1 Petrus 5
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.