2 Yoh 21.15-17supaya kamu menjaga jemaah yang diberikan oleh Allah kepada kamu, seperti gembala menjaga kawanan domba. Jagalah jemaah dengan senang hati sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah. Janganlah lakukan tugas itu dengan berat hati. Jangan lakukan pekerjaan kamu hanya untuk mendapat upah, tetapi lakukannya kerana kamu sungguh-sungguh ingin melakukannya. 3 Janganlah bertindak sebagai penguasa terhadap orang yang dipercayakan kepada kamu, tetapi jadilah teladan kepada mereka. 4 Apabila Gembala Agung itu datang kelak, kamu akan menerima mahkota yang mulia dan kekal.
5 Ams 3.34Demikian juga kamu, orang muda, hendaklah kamu taat kepada orang yang lebih tua. Hendaklah kamu semua merendahkan diri dan saling melayani, kerana di dalam Alkitab tertulis, "Allah menentang orang yang sombong, tetapi Dia merahmati orang yang rendah hati."