Pular para o conteúdo
Publicidade

1 SAMUEL 1

9,10 Pada suatu hari, setelah mereka makan di rumah TUHAN di Silo, Hana bangkit dari tempat makan. Pada masa itu Imam Eli yang juga berada di rumah TUHAN, sedang duduk di kerusinya dekat pintu. Dengan sangat sedih, Hana berdoa kepada TUHAN sambil menangis tersedu-sedu. 11 Bil 6.5Kemudian Hana mengucapkan suatu janji, katanya, "Ya TUHAN Yang Maha Kuasa, perhatikanlah hamba-Mu ini. Lihatlah kesusahanku, dan ingatlah akan aku. Jangan lupakan aku. Jika Engkau memberikan seorang anak lelaki kepadaku, aku berjanji akan menyerahkan dia kepada-Mu seumur hidupnya. Rambutnya tidak akan dipotong."Rambutnya tidak akan dipotong: Inilah tanda penyerahan diri kepada TUHAN (lihat Bil 6.5).

12 Lama sekali Hana berdoa kepada TUHAN, dan selama itu Eli memperhatikan mulut Hana. 13 Hana berdoa dengan senyap; oleh itu hanya bibirnya yang bergerak tetapi suaranya tidak kedengaran. Itulah sebabnya dia disangka mabuk oleh Eli. 14 Kemudian Eli berkata kepadanya, "Jangan mabuk di sini! Jangan minum wain lagi!"

15 Hana menjawab, "Tuan, saya tidak mabuk. Saya tidak minum wain. Saya putus asa, dan saya sedang berdoa untuk meluahkan isi hati kepada TUHAN. 16 Tolong jangan anggap saya sebagai perempuan hina. Saya berdoa seperti ini kerana saya sangat sedih."

17 Kemudian Eli berkata, "Jika begitu, pulanglah dengan sejahtera. Semoga Allah Israel mengabulkan permintaanmu."

18 "Semoga saya mendapat restu tuan," kata Hana. Kemudian Hana pergi dari situ, lalu makan dan tidak sedih lagi.

Samuel Dilahirkan dan Diserahkan kepada Allah

19 Pada keesokan hari, Elkana dan keluarganya bangun pagi-pagi. Setelah mereka beribadat kepada TUHAN, mereka pulang ke Rama. Elkana bersetubuh dengan isterinya Hana, dan TUHAN mengabulkan doa Hana. 20 Hana mengandung lalu melahirkan seorang anak lelaki. Hana menamakan anak itu Samuel,Samuel: Nama ini, yang bermakna "nama Allah" dalam bahasa Ibrani, ada persamaannya dengan kata kerja Ibrani yang bererti "minta". kerana katanya, "Aku sudah memintanya daripada TUHAN."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também