Pular para o conteúdo
Publicidade

2 KORINTUS 9

6 Ingatlah! Orang yang menanam sedikit benih, akan mendapat tuaian yang sedikit. Tetapi orang yang menanam banyak benih, akan mendapat tuaian yang banyak juga. 7 Masing-masing harus memberi sebanyak yang telah ditentukannya. Orang harus memberi dengan rela dan sukacita, kerana Allah mengasihi orang yang memberi dengan senang hati. 8 Allah berkuasa memberkati kamu dengan berlimpah-limpah, sehingga kamu mempunyai apa yang kamu perlukan. Bahkan kamu akan mempunyai lebih daripada cukup untuk mengamalkan perbuatan baik. 9 Mzm 112.9Di dalam Alkitab tertulis,

"Dia bermurah hati kepada orang miskin,

kebaikan hatinyakebaikan hatinya; Harfiah: kebenaran-Nya. kekal selama-lamanya."

10 Yes 55.10Allah menyediakan benih untuk ditabur dan makanan untuk dimakan. Dia juga akan membekali kamu benih yang dapat kamu tanam, dan akan menyebabkan tanaman kamu tumbuh. Dengan demikian kamu semakin murah hati.kamu semakin murah hati; Harfiah: buah-buah kebenaranmu.11 Allah akan menjadikan kamu berkecukupan supaya kamu sentiasa dapat bermurah hati. Dengan demikian banyak orang akan bersyukur kepada Allah kerana derma yang kamu kirim melalui kami. 12 Hal itu demikian, kerana perbuatan baik yang kamu lakukan itu bukan sahaja akan mencukupi keperluan umat Allah, tetapi juga menyebabkan banyak orang bersyukur kepada Allah.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também