Pular para o conteúdo
Publicidade

2 Raja-raja 14

Raja Amazia, Raja Yehuda

(2 Taw 25.1-24)

1 Pada tahun kedua pemerintahan Raja Yehoas putera Raja Yehoahas di Israel, Raja Amazia putera Raja Yoas menjadi raja di Yehuda. 2 Pada masa itu Raja Amazia berusia dua puluh lima tahun. Baginda memerintah di Yerusalem selama dua puluh sembilan tahun. Bondanya bernama Yehoadin dari Yerusalem. 3 Raja Amazia melakukan apa yang menyenangkan hati TUHAN, tetapi baginda tidak seperti nenek moyangnya, Raja Daud. Sebaliknya baginda mengikut perbuatan ayahandanya, Raja Yoas. 4 Raja Amazia tidak merobohkan tempat-tempat penyembahan berhala dan rakyat tidak berhenti mempersembahkan korban serta membakar kemenyan di situ.

5 Apabila pemerintahan Raja Amazia sudah kukuh, baginda membunuh para pegawai yang membunuh ayahandanya, raja yang memerintah sebelum baginda. 6 Ul 24.16 Raja Amazia tidak membunuh anak-anak mereka kerana baginda menurut perintah TUHAN dalam Taurat Musa yang berbunyi demikian, "Ibu bapa tidak boleh dihukum mati kerana kesalahan anak mereka. Anak-anak tidak boleh dihukum mati kerana kesalahan ibu bapa mereka. Setiap orang hendaklah dihukum mati kerana kesalahan yang dibuatnya sendiri sahaja."

7 Raja Amazia membunuh sepuluh ribu orang askar di Lembah Asin, dan merebut kota Sela. Baginda menamakan kota itu Yokteel. Sampai sekarang kota itu masih bernama Yokteel.

8 Kemudian Raja Amazia mengutus beberapa orang utusan kepada Raja Yehoas di Israel untuk mencabar baginda berperang. 9 Tetapi Raja Yehoas menjawab cabaran itu demikian, "Pada suatu masa semak berduri di Gunung mengirim berita kepada pokok sedar, ‘Benarkanlah anak perempuanmu berkahwin dengan anak lelakiku.’ Tetapi seekor binatang liar lalu di sana dan menginjak semak berduri itu. 10 Hai Raja Amazia, setelah mengalahkan orang , Raja Amazia menjadi sombong! Berpuas hatilah dengan kemenangan sekarang dan tinggallah di rumah. Mengapa mencari-cari masalah yang akhirnya akan mendatangkan bencana kepada diri Raja Amazia dan rakyat?"

11 Tetapi Raja Amazia tidak mempedulikan nasihat itu. Maka Raja Yehoas dan tenteranya keluar menentang Raja Amazia di Bet-Semes di Yehuda. 12 Tentera Raja Amazia dikalahkan, dan semua askarnya lari ke rumah masing-masing. 13 Raja Yehoas menangkap Raja Amazia, lalu meneruskan serangannya ke Yerusalem. Baginda merobohkan tembok kota sepanjang 200 meter, bermula dari Pintu Gerbang Efraim sampai ke Pintu Gerbang Sudut. 14 Raja Yehoas mengambil semua perak dan emas yang dapat ditemuinya, semua perabot Rumah TUHAN dan semua perbendaharaan istana, lalu baginda kembali ke . Baginda juga membawa beberapa orang tebusan bersama-samanya.

15 Segala perbuatan Raja Yehoas, termasuk kepahlawanan baginda dalam peperangan melawan Raja Amazia dari Yehuda tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.16 Raja Yehoas mangkat lalu dimakamkan di permakaman diraja di . Kemudian Yerobeam II, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.

Raja Amazia, Raja Yehuda Mangkat

(2 Taw 25.25-28)

17 Raja Amazia, raja Yehuda, hidup lima belas tahun lagi selepas kemangkatan Raja Yehoas, raja Israel. 18 Segala perbuatan Raja Amazia tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Yehuda.

19 Beberapa orang di Yerusalem berkomplot untuk membunuh Raja Amazia. Oleh itu baginda lari ke kota Lakhis, tetapi musuh-musuhnya mengejar baginda ke sana dan membunuh baginda. 20 Kemudian jenazah Raja Amazia diangkut dengan kuda ke Yerusalem, lalu dimakamkan di permakaman diraja di Kota Daud. 21 Penduduk Yehuda melantik Uzia,Uzia: Nama lainnya ialah Azarya. putera Raja Amazia, yang berusia enam belas tahun, menjadi raja. 22 Setelah kemangkatan ayahandanya, Raja Uzia merebut kembali kota , lalu membinanya semula.

Raja Yerobeam II, Raja Israel

23 Pada tahun kelima belas pemerintahan Raja Amazia putera Raja Yoas di Yehuda, Raja Yerobeam putera Raja Yehoas menjadi raja di Israel. Raja Yerobeam memerintah di selama empat puluh satu tahun. 24 Raja Yerobeam berdosa terhadap TUHAN, kerana mengikut perbuatan Raja Yerobeam anak , raja yang terdahulu, yang telah menyebabkan orang Israel berdosa. 25 Yoh 1.1 Raja Yerobeam merebut semula semua wilayah yang dahulu dimiliki Israel, dari Genting Hamat di utara sampai ke Laut Mati di selatan. Demikianlah yang dijanjikan dahulu oleh TUHAN, Allah Israel, melalui hamba-Nya Nabi Yunus anak Amitai dari Gat-Hefer.

26 TUHAN nampak bahawa orang Israel sangat menderita, dan tiada sesiapa pun yang menolong mereka. 27 TUHAN tidak bermaksud untuk membinasakan Israel selama-lamanya. Oleh itu Dia menyelamatkan mereka dengan perantaraan Raja Yerobeam II.

28 Segala perbuatan Raja Yerobeam II, termasuk keperkasaan baginda dalam pertempuran dan bagaimana baginda merebut semula Damsyik dan daripada Yehuda untuk Israel, tercatat di dalam buku Sejarah Raja-Raja Israel.29 Raja Yerobeam mangkat lalu dimakamkan di permakaman diraja. Maka Zakharia, puteranya menggantikan baginda sebagai raja.

Lugar Bíblico
Região / Território
Edom
Hoje: Sul da Jordânia (Seir / Petra)
אֱדוֹםedom
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
30,75° N, 35,60° L
Citado em 111 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Líbano
Hoje: Jezzine
לְבָנוֹןlevanon
O Líbano é uma terra de montanhas e cedros, de onde se cortava madeira com a ajuda dos sidônios e onde Salomão construiu o que quis, além de Jerusalém e do resto de seu domínio (1 Reis 9:19).
33,54° N, 35,58° L
Citado em 57 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Edom
Hoje: Sul da Jordânia (Seir / Petra)
אֱדוֹםedom
Edom é a terra de Seir, onde vivia Esaú, irmão de Jacó. O rei de Edom negou a Israel passagem por sua terra, e Edom se rebelou contra Judá (2 Reis 8:22).
30,75° N, 35,60° L
Citado em 111 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Região / Território
Elate
Hoje: Aqaba
אֵילַתelat
Elate é uma cidade da terra de Edom, perto de Eziom-Geber, reconstruída para Judá e depois recuperada para Arã por Rezim, rei de Arã, que expulsou os homens de Judá (2 Reis 16:6).
29,53° N, 35,00° L
Citado em 6 versículosTb.: Elote
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Samaria
Hoje: Sebastia (Samaria)
שֹׁמְרוֹןshomeronΣαμάρειαSamareia
Samaria é a cidade onde os reis de Israel tinham o palácio e onde Acabe construiu um templo de Baal e levantou um altar a Baal (1 Reis 16:32).
32,28° N, 35,20° L
Citado em 113 versículos
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Efraim
Nebate
נְבָטnəvat
Nebate foi o pai de Jeroboão, oficial de Salomão que se rebelou contra o rei e depois reinou sobre Israel; a mãe de Jeroboão era Zerua, viúva (1 Reis 11:26).
Citado em 24 versículos
Ver página completa
Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Hamate
Hoje: Hama
חֲמָתchamat
Hamate é uma terra onde ficava Ribla, lugar em que Zedequias foi levado a Nabucodonosor, rei da Babilônia, que lhe pronunciou a sentença (Jeremias 39:5).
35,14° N, 36,75° L
Citado em 21 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 2 Raja-raja 25
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.