Kepala Kapak Didapati Semula
1 Pada suatu hari, kumpulan nabi yang dididik oleh Elisa berkata kepada Elisa, "Tempat tinggal kita terlalu sempit! 2 Benarkanlah kami pergi menebang kayu dekat Sungai Yordan, supaya kami dapat membina tempat tinggal di sana."
"Baiklah," jawab Elisa.
3 Seorang daripada mereka mendesak Elisa supaya mengikut mereka; Elisa bersetuju. 4 Oleh itu mereka berangkat bersama-sama. Apabila mereka sampai dekat Sungai Yordan, mereka mula bekerja. 5 Semasa seorang daripada mereka menebang sebatang pokok, tiba-tiba mata kapaknya jatuh ke dalam air. Orang itu berseru kepada Elisa, "Apakah yang harus saya lakukan? Kapak itu saya pinjam daripada orang lain!"
6 Elisa bertanya, "Di manakah mata kapak itu jatuh?"
Orang itu menunjukkan tempatnya. Elisa memotong sebatang kayu lalu melemparkannya ke tempat itu. Tiba-tiba mata kapak daripada besi itu timbul di permukaan air. 7 "Ambillah," kata Elisa. Orang itu menghulurkan tangannya lalu mengambil mata kapak itu.