Raja Daud Menjadi Raja Israel dan Yehuda
1 Kemudian semua suku Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Mereka berkata kepada baginda, "Kami ini kerabat tuanku. 2 Sejak dahulu, bahkan ketika Raja Saul masih raja kami, tuanku telah pun memimpin tentera Israel berperang. TUHAN juga sudah berjanji kepada tuanku bahawa tuanku akan memimpin umat-Nya dan menjadi raja mereka." 3 Demikianlah semua pemimpin Israel menghadap Raja Daud di Hebron. Raja Daud mengadakan perjanjian dengan mereka, lalu mereka melantik baginda menjadi raja Israel.