Pular para o conteúdo
Publicidade

2 Samuel 6:1-11

Tabut Perjanjian Dibawa ke Yerusalem

1 Sekali lagi Raja Daud mengumpulkan askar-askar yang terbaik di Israel, sebanyak tiga puluh ribu orang. 2 Kel 25.22Baginda memimpin mereka ke BaaleKemungkinan besar: ke Baale. Naskhah Ibrani:dari Baale, atau daripada para pemimpin. di Yehuda, untuk mengambil Tabut Perjanjian yang disebut dengan nama TUHAN Yang Maha Kuasa, yang bertakhta di atas kerub.kerub: Golongan malaikat yang digambarkan sebagai makhluk bersayap, yang menjadi lambang keagungan Allah dan hadirat-Nya.3 1 Sam 7.1-2Mereka mengambil Tabut Perjanjian itu dari rumah Abinadab di atas bukit, lalu meletakkannya di atas sebuah kereta lembu yang baru. Kereta lembu itu diiringi oleh anak-anak Abinadab, Uza, dan Ahio. Uza berjalan disamping kereta lembu itu, 4 dan Ahio berjalan di hadapannya. 5 Raja Daud dan semua orang Israel berjalan di hadapan Tabut Perjanjian sambil menari dan menyanyi dengan segenap tenaga mereka untuk menghormati TUHAN. Mereka bermain kecapi, gambus, rebana, kelentung, dan ceracap.

6 Apabila mereka sampai di tempat mengirik gandum kepunyaan Nakhon, lembu-lembu itu tergelincir, lalu Uza menghulurkan tangan dan memegang Tabut Perjanjian. 7 Pada saat itu juga TUHAN Allah murka dengan Uza dan membunuh dia, kerana perbuatannya itu merupakan penghinaan kepada TUHAN. Uza mati di sebelah Tabut Perjanjian. 8 Itulah sebabnya tempat itu dinamakan .Peres-Uza: Dalam bahasa Ibrani nama ini bermakna "Kebinasaan Uza". Raja Daud murka kerana TUHAN telah membinasakan Uza.

9 Tetapi Raja Daud takut juga akan TUHAN. Raja Daud bertitah, "Sekarang bagaimanakah beta dapat membawa Tabut Perjanjian itu?" 10 Oleh itu baginda tidak mahu lagi membawa Tabut Perjanjian ke Yerusalem. Sebaliknya baginda membawa Tabut Perjanjian itu ke rumah Obed-Edom, orang yang berasal dari Gat. 11 1 Taw 26.4-5Tabut Perjanjian berada di sana selama tiga bulan, dan TUHAN memberkati Obed-Edom serta keluarganya.

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Perez-Uzá
Hoje: Jerusalém, Israel
פֶּרֶץ עֻזָּאperets uzza
Perez-Uzá foi o lugar onde o Senhor atacou Uzá; Davi, irado, deu esse nome ao lugar (2 Samuel 6:8).
31,78° N, 35,23° L
Citado em 2 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de 2 Samuel 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.