Pular para o conteúdo
Publicidade

Wahyu 7

Seratus Empat Puluh Empat Ribu Orang Israel

1 Yer 49.36;Dan 7.2;Za 6.5 Setelah itu, aku nampak empat malaikat berdiri di empat penjuru bumi, dan menahan keempat-empat angin di bumi supaya tidak bertiup di darat, di laut, ataupun pada pokok-pokok. 2 Lalu aku nampak malaikat lain muncul dari sebelah timur, dengan membawa meterai yang digunakan oleh Allah yang hidup. Dengan suara lantang malaikat itu memanggil keempat-empat malaikat yang sudah diberikan kuasa oleh Allah untuk merosakkan darat dan laut. 3 Yeh 9.4,6 Malaikat itu berkata, "Janganlah rosakkan darat, atau laut, ataupun pokok-pokok, sehingga kami telah memeterai dahi hamba-hamba Allah kita." 4 Aku diberitahu bahawa 144,000 orang ditandai dengan meterai Allah pada dahi mereka. Mereka berasal daripada dua belas suku ; 5-8 dua belas ribu orang daripada setiap suku, iaitu suku Yehuda, , , Asyer, , Manasye, , Lewi, Isakhar, Zebulon, Yusuf, dan Benyamin.

Lautan Manusia

9 Setelah itu aku melihat lagi, lalu nampak lautan manusia yang luar biasa banyaknya. Tidak seorang pun dapat mengira mereka! Mereka daripada setiap bangsa, suku, negara, dan bahasa. Dengan berpakaian jubah putih dan dengan memegang daun palma di tangan, mereka berbaris-baris berdiri di hadapan takhta dan Anak Domba itu. 10 Mereka berseru dengan suara kuat, "Kita telah diselamatkan oleh Allah kita, yang duduk di atas takhta, dan oleh Anak Domba itu!" 11 Semua malaikat berdiri di sekeliling takhta, para pemimpin, dan keempat-empat makhluk itu. Lalu mereka semua bersujud di hadapan takhta dan menyembah Allah. 12 Mereka berkata, "Amin! Pujian, kemuliaan, kebijaksanaan, kesyukuran, penghormatan, kekuasaan, dan kemegahan bagi Allah kita selama-lamanya! Amin."

13 Salah seorang pemimpin itu bertanya kepadaku, "Siapakah mereka yang berjubah putih itu, dan dari manakah mereka datang?"

14 Dan 12.1;Mat 24.21;Mrk 13.19 "Saya tidak tahu, tetapi tuan tahu," jawabku.

Dia berkata kepadaku, "Merekalah orang yang berjaya melalui masa penganiayaan yang dahsyat itu. Mereka telah membasuh dan menjadikan jubah mereka putih dengan darah Anak Domba itu. 15 Itulah sebabnya mereka berdiri di hadapan takhta Allah, dan beribadat kepada-Nya siang malam di dalam rumah Allah. Dia yang duduk di atas takhta akan melindungi mereka dengan hadirat-Nya. 16 Yes 49.10 Mereka tidak akan lapar ataupun dahaga lagi; matahari ataupun panas terik tidak akan membakar mereka lagi. 17 Mzm 23.1;Yeh 34.23;Mzm 23.2;Yes 49.10,25.8 Hal itu demikian kerana Anak Domba yang di tengah-tengah takhta itu akan menggembalakan mereka, dan Dia akan memimpin mereka ke sumber air yang memberikan hidup. Allah akan menyapu air mata mereka."

Pessoa
H3290
Jacó
ΙακωβIakobיַעֲקֹ֑בyaaqov
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Rúben
Rúben
ΡουβηνRoubēnרְאוּבֵןrəuven
Rúben, primogênito de Jacó e Lia, convenceu os irmãos a não matarem José, mas perdeu o direito de primogenitura por ter se deitado com Bila, a concubina do pai (Gênesis 37:21).
Significado: “Eis um filho!”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Gade
Gade
ΓαδGadגָּֽדgad
Gade, filho de Jacó e de Zilpa, a serva de Lia, deu origem à tribo de Gade, que recebeu terras a leste do Jordão (Gênesis 30:11).
Significado: “Boa ventura, tropa”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Naftali
Naftali
נַפְתָּלִֽיnafətaliy
Naftali, filho de Jacó e de Bila, a serva de Raquel, deu origem à tribo de Naftali (Gênesis 30:8).
Significado: “Minha luta”
Ver página completa
Pessoa
Tribo de Simeão
Simeão
ΣυμεωνSymeōnשִׁמְעֽוֹןshiməon
Simeão, segundo filho de Jacó e Lia, vingou com Levi a violação de Diná em Siquém e ficou preso no Egito como garantia da volta de Benjamim (Gênesis 42:24).
Significado: “Aquele que ouve”
Ver página completa
Todos os capítulos de Wahyu 22
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.