Kedatangan Roh Allah
1 Im 23.15-21;Ul 16.9-11Apabila hari Pentakosta tiba, semua orang yang percaya kepada Kristus berkumpul di satu tempat. 2 Tiba-tiba terdengar bunyi dari langit seperti tiupan angin yang kuat. Bunyi itu memenuhi rumah tempat mereka sedang duduk. 3 Lalu mereka nampak sesuatu yang menyerupai lidah api yang menjalar dan menghinggapi setiap orang di situ. 4 Mereka semua dikuasai oleh Roh Allah. Mereka mula berkata-kata dalam pelbagai bahasa lain, menurut apa yang diberikan oleh Roh Allah kepada mereka.