Pular para o conteúdo
Publicidade

KISAH RASUL-RASUL 8

36 Dalam perjalanan, mereka sampai ke suatu tempat yang berair. Pegawai itu berkata, "Lihatlah, di sini ada air. Adakah sebab yang menghalang saya dibaptis?" [ 37 Filipus berkata, "Tuan boleh dibaptis, asal sahaja tuan percaya kepada Yesus dengan sepenuh hati."

Pegawai tinggi itu menjawab, "Saya percaya bahawa Yesus Kristus Anak Allah."]Ayat ini tidak terdapat di dalam beberapa buah naskhah kuno.

38 Lalu pegawai itu memberikan perintah supaya kereta kudanya dihentikan. Kemudian Filipus dan pegawai itu turun ke dalam air dan Filipus membaptis dia. 39 Apabila mereka keluar dari air, Roh Tuhan mengambil Filipus dari situ. Pegawai tinggi itu tidak nampak dia lagi, lalu meneruskan perjalanan dengan sukacita.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também