26 Kemudian raja bertanya kepada Daniel yang juga disebut Beltsazar, "Dapatkah kamu memberitahu beta mimpi beta dan mentafsirkannya?"
27 Daniel menjawab, "Tiada orang berilmu, ahli sihir, penilik atau ahli nujum yang dapat melakukan hal itu. 28 Tetapi Allah penguasa di syurga, menyatakan segala rahsia; Dia telah memberitahu tuanku hal masa depan. Oleh itu perkenanlah hamba menceritakan mimpi tuanku, iaitu penglihatan yang tuanku nampak ketika tuanku beradu.