5 Pada masa itu puteri raja turun ke sungai untuk bersiram, sementara dayang-dayangnya berjalan-jalan di pinggir sungai. Tiba-tiba puteri raja ternampak bakul di tengah-tengah rumpun gelagah. Puteri raja menyuruh seorang hamba perempuan untuk mengambil bakul itu.
10 Kis 7.21Apabila bayi itu besar, perempuan itu membawanya kepada puteri raja, lalu puteri raja menjadikan dia anak angkatnya. Puteri raja berkata, "Aku menamakan dia Musa,Musa: Nama ini bunyinya seperti perkataan Ibrani yang bermakna "menarik keluar". kerana aku telah menarik dia keluar dari air."