3 Jangan sembah tuhan-tuhan lain; sembahlah Aku sahaja.
4 Jangan buat patung bagi diri kamu, patung yang menyerupai apa-apa pun yang ada di langit, di bumi, atau di dalam air di bawah bumi. 5 Kel 34.17;Im 19.4,26.1;Ul 4.15-18,27.15Jangan sujud atau sembah kepada patung apa pun, kerana Akulah TUHAN, Allah kamu, dan Aku tidak mahu disamakan dengan apa-apa pun. Aku menghukum orang yang membenci Aku. Aku juga menghukum keturunan mereka sehingga generasi yang ketiga dan keempat. 6 Kel 34.6-7;Bil 14.18;Ul 7.9-10Tetapi Aku menunjukkan kasih-Ku kepada beribu-ribu keturunanberibu-ribu keturunan; atau beribu-ribu. orang yang mengasihi Aku dan taat kepada hukum-Ku.
7 Im 19.12Jangan sebut nama-Ku untuk maksud yang jahat kerana Aku TUHAN, Allah kamu, menghukum sesiapa sahaja yang menyalahgunakan nama-Ku.
8 Kel 16.23-30,31.12-14Rayakanlah hari Sabat dan hormatilah hari itu sebagai hari yang suci. 9 Kamu mempunyai enam hari untuk bekerja, 10 Kel 23.12,31.15,34.21,35.2;Im 23.3tetapi hari yang ketujuh ialah hari rehat yang ditahbiskan untuk Aku. Pada hari itu satu pun tidak boleh bekerja: sama ada kamu, anak kamu, abdi kamu, ternakan kamu, atau bangsa asing yang tinggal di negeri kamu. 11 Kej 2.1-3;Kel 31.17Dalam masa enam hari Aku, TUHAN, telah menciptakan bumi, langit, laut, dan semua yang ada di dalam segalanya itu, tetapi pada hari yang ketujuh Aku berehat. Itulah sebabnya Aku, TUHAN, memberkati hari Sabat dan mengekhaskannya bagi-Ku.
12 Ul 27.16;Mat 15.4,19.19;Mrk 7.10,10.19;Luk 18.20;Ef 6.2,3Hormatilah bapa dan ibu kamu, supaya kamu panjang umur di tanah yang akan Aku berikan kepada kamu.
13 Kej 9.6;Im 24.17;Mat 5.21,19.18;Mrk 10.19;Luk 18.20;Rm 13.9;Yak 2.11Jangan membunuh.
14 Im 20.10;Mat 5.27,19.18;Mrk 10.19;Luk 18.20;Rm 13.9;Yak 2.11Jangan berzina.
15 Im 19.11;Mat 19.18;Mrk 10.19;Luk 18.20;Rm 13.9Jangan mencuri.
16 Kel 23.1;Mat 19.18;Mrk 10.19;Luk 18.20Jangan berikan kesaksian palsu tentang orang lain.
17 Rm 7.7,13.9Jangan ingini kepunyaan orang lain: rumahnya, isterinya, abdinya, ternakannya, keldainya atau apa-apa pun miliknya."