Kerendahan Hati Kristus dan Kebesaran-Nya
1 Kerana kamu hidup bersatu dengan Kristus, kamu dikuatkan. Kerana Kristus mengasihi kamu, kamu dihiburkan. Kamu dipimpin oleh Roh Allah,Kamu dipimpin oleh Roh Allah; atau Roh Allah sudah menyebabkan kamu hidup rukun. dan kamu saling mengasihi serta saling berbelas kasihan. 2 Aku berharap saudara semua dapat benar-benar menyenangkan hatiku dengan hidup seia sekata, saling mengasihi dengan kasih yang sama dan mempunyai fikiran serta tujuan yang sama.