6 Sebenarnya Dia ilahi,
tetapi Dia tidak menganggap keadaan-Nya yang ilahi harus dipertahankan-Nya.Ayat 6b dapat diterjemahkan: tetapi Dia tidak menganggap Dia harus berusaha menjadi sama dengan Allah.
7 Sebaliknya, Dia rela melepaskan segala-galanya,
lalu menjadi seperti seorang hamba.
Dia datang sebagai manusia,
dan hidup seperti manusia.
8 Dia merendahkan diri dan hidup dengan taat kepada Allah sehingga mati -
iaitu mati di atas salib.