Allah Berfirman melalui Anak-Nya
1 Pada masa lampau, banyak kali Allah berfirman kepada nenek moyang kita melalui nabi-nabi dengan berbagai-bagai cara. 2 Tetapi pada zaman akhir ini Dia telah berfirman kepada kita melalui Anak-Nya. Melalui Anak-Nya inilah Allah menciptakan alam semesta. Allah sudah menetapkan bahawa Anak-Nya inilah yang berhak memiliki segala sesuatu pada akhirnya. 3 Dia memancarkan kemuliaan Allah yang gilang-gemilang dan Dia perwujudan Allah sendiri. Dia memelihara keutuhan alam semesta ini dengan firman-Nya yang berkuasa. Setelah Dia memungkinkan manusia dibebaskan daripada dosa, Dia duduk di syurga di sebelah kanan Allah, Penguasa Yang Tertinggi.
Keagungan Anak Allah
4 Anak itu mendapat kedudukan yang jauh lebih tinggi daripada malaikat, dan nama yang diberikan oleh Allah kepada-Nya pun jauh lebih terhormat daripada nama-nama malaikat. 5 Mzm 2.7;2 Sam 7.14;1 Taw 17.13 Tidak pernah Allah berfirman kepada mana-mana malaikat-Nya,
"Engkaulah Anak-Ku;
pada hari ini Aku menjadi Bapa-Mu."
Tidak pernah Allah berfirman tentang malaikat yang mana pun begini,
"Aku akan menjadi Bapa-Nya,
dan Dia akan menjadi Anak-Ku."
6 Ul 32.43 Tetapi pada masa Allah mengutus Anak-Nya yang sulung ke dunia ini, Dia berfirman,
"Semua malaikat Allah wajib menyembah Anak itu."
7 Mzm 104.4 Tentang malaikat-malaikat, Allah berfirman demikian,
"Allah menjadikan malaikat-malaikat-Nya angin,
dan hamba-hamba-Nya nyala api."
8 Tetapi tentang Anak itu, Allah berfirman,
"Takhta-Mu, ya Allah, akan kekalTakhta-Mu, ya Allah, akan kekal; atau Allah kerajaan-Mu. selama-lamanya!
Engkau memerintah umat-Muumat-Mu; Beberapa buah naskhah kuno:umat-Nya. dengan keadilan.
9 Mzm 45.7-8 Engkau suka akan keadilan,
dan benci akan kecurangan;
itulah sebabnya Allah, Allah-Mu, memilih Engkau
dan memberi Engkau kehormatan
yang mendatangkan kegembiraan yang jauh lebih besar
daripada yang diberikan-Nya kepada sahabat-sahabat-Mu."
10 Allah juga berfirman,
"Engkau, ya Tuhan, pada mulanya menjadikan bumi,
dan dengan tangan-Mu sendiri Engkau menjadikan langit.
11 Semua itu akan lenyap,
dan menjadi usang seperti pakaian;
tetapi Engkau tidak akan berubah.
12 Mzm 102.26-28 Alam semesta Engkau lipat seperti jubah,
dan akan Engkau ganti seperti pakaian.
Tetapi Engkau tidak akan berubah,
dan hidup-Mu tidak akan berakhir."
13 Mzm 110.1 Allah tidak pernah berfirman kepada malaikat-Nya yang mana pun begini,
"Duduklah di sebelah kanan-Ku,
sehingga musuh-musuh-Mu
Aku jadikan alas kaki-Mu."
14 Jika demikian, apakah sebenarnya malaikat-malaikat itu? Mereka roh yang berbakti kepada Allah, dan yang disuruh oleh-Nya untuk menolong orang yang akan menerima penyelamatan.