Ibadat di Bumi dan Ibadat di Syurga
1 Perjanjian pertama mengandungi peraturan ibadat, dan mempunyai tempat ibadat buatan manusia. 2 Kel 26.1-30,25.31-40Khemah yang didirikan di bahagian paling depan, dinamakan Bilik Suci. Di situ terdapat sebuah kaki pelita dan sebuah meja dengan roti yang dipersembahkan kepada Allah. 3 Kel 26.31-33Di belakang tirai kedua, terdapat bahagian khemah yang dinamakan Bilik Maha Suci. 4 Kel 30.1-6,25.10-16,16.33;Bil 17.8-10;Kel 25.16;Ul 10.3-5Di situ terdapat mazbah emas yang digunakan untuk membakar kemenyan dan juga terdapat Tabut Perjanjian yang seluruhnya disalut dengan emas. Di dalam Tabut itu terdapat balang emas berisi manna, tongkat Harun yang telah bertunas, dan dua buah batu tulis yang bertuliskan sepuluh hukum Allah. 5 Kel 25.18-22Di atas Tabut itu terdapat dua kerub iaitu makhluk bersayap yang melambangkan hadirat Allah. Sayap kerub ini terbentang di atas penutup Tabut, tempat dosa diampunkan. Tetapi sekarang bukanlah masanya untuk menerangkan semuanya dengan terperinci.