Pular para o conteúdo
Publicidade

IBRANI 9

16 Jika ada surat wasiat, haruslah dibuktikan bahawa orang yang membuat surat wasiat itu sudah meninggal. 17 Surat wasiat tidak bererti apa-apa selagi orang yang membuatnya masih hidup. Surat itu berlaku hanya setelah orang itu meninggal. 18 Itulah sebabnya perjanjianperjanjian; Dalam bahasa Yunani, kata yang sama bererti perjanjian atau surat warisan. pertama pun harus disahkan dengan darah. 19 Mula-mula Musa menyampaikan semua perintah dalam Taurat kepada umat Israel. Setelah itu dia mengambil darah lembu jantan dan darah kambing, lalu mencampurnya dengan air, kemudian memercikkannya pada kitab Taurat dan pada seluruh umat, dengan menggunakan setangkai rumput hisop dan bulu domba berwarna merah. 20 Kel 24.6-8Musa berkata, "Inilah darah yang mengesahkan perjanjian daripada Allah yang harus kamu taati."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também