4 Mat 8.17Padahal penderitaan kitalah yang ditanggungnya,
penyakit kitalah yang dideritanya.
Selama ini kita menyangka bahawa penderitaannya itu
hukuman Allah baginya.
5 1 Ptr 2.24Tetapi dia dilukai kerana dosa kita,
dia diseksa kerana perbuatan jahat kita.
Kita diselamatkan kerana hukuman yang ditanggungnya,
kita disembuhkan kerana luka-lukanya.