Pular para o conteúdo
Publicidade

Yesaya 56

Semua Bangsa Akan Menjadi Umat Allah

1 TUHAN berfirman kepada umat-Nya, "Lakukanlah apa yang adil dan sesuai dengan hukum-Ku, kerana tidak lama lagi Aku akan menyelamatkan kamu. 2 Aku akan memberkati orang yang sentiasa merayakan hari Sabat dan tidak menyalahgunakannya. Aku akan memberkati orang yang tidak melakukan kejahatan."

3 Orang bangsa asing yang telah bergabung dengan umat TUHAN tidak boleh berkata, "TUHAN tidak membenarkan aku menyembah Dia bersama-sama umat-Nya."

Orang yang telah dikembiri tidak boleh berkata bahawa dia bukan sebahagian daripada umat Allah kerana dia tidak boleh mendapat anak. 4 TUHAN berfirman kepada orang itu, "Jika kamu menghormati Aku dengan merayakan hari Sabat, dan jika kamu melakukan perkara-perkara yang menyenangkan hati-Ku, serta berpegang teguh pada perjanjian-Ku, 5 maka nama kamu akan diingat di dalam Rumah-Ku dan di kalangan umat-Ku. Hal itu lebih baik daripada mempunyai anak lelaki dan anak perempuan. Kamu tidak akan dilupakan."

6 TUHAN berfirman kepada orang bangsa asing yang telah menjadi sebahagian daripada umat-Nya, yang mengasihi Dia dan berbakti kepada-Nya, yang merayakan hari Sabat serta berpegang teguh pada perjanjian-Nya, 7 Mat 21.13;Mrk 11.17;Luk 19.46 "Aku akan membawa kamu ke Sion, bukit-Ku yang suci.bukit...suci: Lihat 2.3. Aku akan memberi kamu kegembiraan di dalam rumah doa-Ku. Aku akan menyambut korban-korban yang kamu persembahkan di mazbah-Ku. Rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi semua bangsa."

8 TUHAN Raja yang membawa umat-Nya pulang dari pembuangan telah berjanji bahawa Dia juga akan mengumpulkan bangsa lain untuk bergabung dengan mereka yang sudah terkumpul.

Para Pemimpin Israel Dihukum

9 TUHAN telah menyuruh bangsa-bangsa asing datang seperti binatang buas untuk memakan umat-Nya. 10 Dia berfirman, "Semua pemimpin umat-Ku buta. Mereka seharusnya memberikan amaran kepada umat-Ku. Mereka tidak tahu apa-apa. Mereka seperti anjing pengawal yang tidak dapat menyalak; mereka hanya tahu tidur dan bermimpi. 11 Mereka seperti anjing yang rakus; tidak puas-puas makan. Mereka tidak mempunyai pengertian; masing-masing berbuat sesuka hati dan mencari keuntungan diri sendiri. 12 Pemabuk-pemabuk itu berkata, ‘Marilah kita minum wain dengan sepuas-puasnya. Esok lebih baik daripada hari ini.’ "

Todos os capítulos de Yesaya 66
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24
  25. 25
  26. 26
  27. 27
  28. 28
  29. 29
  30. 30
  31. 31
  32. 32
  33. 33
  34. 34
  35. 35
  36. 36
  37. 37
  38. 38
  39. 39
  40. 40
  41. 41
  42. 42
  43. 43
  44. 44
  45. 45
  46. 46
  47. 47
  48. 48
  49. 49
  50. 50
  51. 51
  52. 52
  53. 53
  54. 54
  55. 55
  56. 56
  57. 57
  58. 58
  59. 59
  60. 60
  61. 61
  62. 62
  63. 63
  64. 64
  65. 65
  66. 66

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.