Kemuliaan Yerusalem Pada Masa Hadapan
1 Bangkitlah, dan bersinarlah, hai Yerusalem,
kerana cahaya penyelamatanmu sudah datang;
TUHAN menyinari engkau dengan kemuliaan-Nya.
2 Bangsa-bangsa lain akan diliputi kegelapan,
tetapi cahaya TUHAN akan bersinar atasmu;
cahaya hadirat-Nya akan menerangimu.
3 Bangsa-bangsa lain datang kepada cahayamu,
dan raja-raja tertarik kepada cahaya yang terbit bagimu.