Pular para o conteúdo
Publicidade

AYUB 28

12 Tetapi di manakah hikmat dapat dicari?

Di manakah kita dapat belajar agar mengerti?

13 Hikmat tidak didapati di kalangan manusia;

tiada sesiapa yang tahu akan nilai yang sebenarnya.

14 Lautan dan samudera

mengatakan hikmat tidak terdapat di sana.

15 Hikmat tidak dapat ditukar dengan emas murni,

dan dengan perak pun tidak dapat dibeli.

16 Emas dan permata yang paling berharga

tidak dapat mengimbangi nilainya.

17 Nilainya lebih daripada emas,

dan daripada jambangan kencana ataupun kristal.

18 Hikmat lebih tinggi nilainya

daripada batu karang, hablur, atau mutiara.

19 Batu topaz dan emas tulen

tidak dapat dibandingkan dengan nilai hikmat.

20 Di manakah sumber hikmat?

Di manakah kita dapat pengertian?

21 Tiada makhluk hidup yang pernah melihatnya,

bahkan burung di udara pun tidak pernah nampaknya.

22 Maut dan kemusnahan pun berkata

bahawa yang didengar khabar angin sahaja.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também