4 Pilatus keluar sekali lagi dan berkata kepada orang ramai di situ, "Lihatlah, aku membawa dia ke luar, supaya kamu tahu bahawa aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia." 5 Demikianlah Yesus keluar dengan memakai mahkota duri dan jubah ungu. Pilatus berkata kepada mereka, "Lihatlah orang ini!"
6 Ketika ketua-ketua imam dan para pengawal Rumah Tuhan melihat Yesus, mereka berseru, "Salibkan dia! Salibkan dia!"
Pilatus berkata kepada mereka, "Ambillah dia! Kamu sendiri salibkan dia, kerana aku tidak mendapat alasan apa pun untuk menghukum dia."