27 Janganlah berusaha untuk mendapat makanan yang boleh menjadi basi, tetapi berusahalah untuk mendapat makanan yang boleh memberikan hidup sejati dan kekal. Itulah makanan yang akan diberikan oleh Anak Manusia kepada kamu, kerana Dia sudah dilantik oleh Allah Bapa."
28 Mereka bertanya kepada-Nya, "Apakah yang harus kami lakukan untuk melakukan kehendak Allah?"
29 Yesus berkata, "Inilah perkara yang dikehendaki oleh Allah: Percayalah kepada Dia yang diutus oleh Allah."