6 Yesus mengetahui apa yang akan dilakukan-Nya, tetapi Dia berkata demikian kerana Dia hendak menguji Filipus.)
7 Filipus menjawab, "Roti seharga dua ratus keping wang perakwang perak: Sekeping wang perak adalah upah harian bagi seorang pekerja biasa (lihat Mat 20.2). Harfiah: dinar. pun tidak cukup untuk semua orang ini, meskipun setiap orang mendapat sedikit sahaja."
8 Pengikut-Nya yang lain, iaitu Andreas, saudara Simon Petrus berkata, 9 "Seorang anak lelaki di sini mempunyai lima ketul roti barli dan dua ekor ikan. Tetapi apa gunanya untuk orang sebanyak ini?"
10 Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Suruhlah mereka duduk." (Di situ terdapat banyak rumput.) Orang ramai pun duduk; semuanya berjumlah kira-kira lima ribu orang lelaki. 11 Yesus mengambil roti itu, lalu Dia mengucap syukur kepada Allah. Kemudian Dia membahagi-bahagikan roti itu kepada orang ramai yang duduk di situ. Selepas itu Dia membahagi-bahagikan ikan itu, lalu semua orang makan sepuas-puasnya. 12 Setelah semua orang makan sampai kenyang, Yesus berkata kepada pengikut-pengikut-Nya, "Kumpulkanlah lebihan makanan, jangan sampai ada yang terbuang." 13 Mereka mengumpulkan dua belas buah bakul lebihan makanan daripada lima ketul roti barli yang dimakan oleh orang ramai.