Pular para o conteúdo
Publicidade

HAKIM-HAKIM 13

6 Kemudian perempuan itu pergi kepada suaminya dan berkata, "Seorang utusan Allah datang kepadaku. Rupanya seperti malaikat Allah sehingga aku ketakutan. Aku tidak bertanya dari mana dia datang, dan dia pun tidak memberitahukan namanya. 7 Tetapi dia berkata bahawa aku akan mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki. Dia melarang aku minum wain atau minuman keras ataupun makan makanan haram, kerana katanya, anak itu akan ditahbiskan kepada Allah sebagai orang Nazir seumur hidupnya."

8 Kemudian Manoah berdoa kepada TUHAN, "Ya TUHAN, semoga Engkau mengutus hamba-Mu itu datang lagi kepada kami, dan memberitahu kami apa yang mesti kami lakukan terhadap anak itu selepas dia lahir."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também