Pular para o conteúdo
Publicidade

AYUB 42

10 Ayb 1.1-3Kemudian, selepas Ayub berdoa untuk ketiga-tiga orang sahabatnya, TUHAN menjadikan Ayub kaya semula, dan memberi dia kekayaan dua kali ganda daripada yang pernah dimilikinya. 11 Semua saudara lelaki dan perempuan Ayub, serta semua kenalannya yang lama datang melawat dia dan berjamu bersama-sama Ayub di rumahnya. Mereka turut berdukacita dengan Ayub kerana segala kesusahan yang telah didatangkan TUHAN kepadanya, dan mereka menghibur dia. Tiap-tiap seorang daripada mereka memberi dia sekeping wang perak dan sebentuk cincin emas.

12 TUHAN memberkati Ayub dengan lebih berlimpah pada akhir hidupnya daripada masa sebelum dia mengalami penderitaan. Ayub memiliki 14,000 ekor domba, 6,000 ekor unta, 2,000 ekor lembu, dan 1,000 ekor keldai. 13 Dia menjadi bapa kepada tujuh orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan. 14 Dia menamakan anak perempuannya yang sulung Yemima, yang kedua Kezia, dan yang bongsu Kerenhapukh.Dalam bahasa Ibrani nama anak-anak perempuan Ayub menandakan kecantikan, baik dari segi bunyi mahupun ertinya. Yemima bererti "merpati"; Kezia bererti "kasia" sejenis kayu manis yang digunakan sebagai wangi-wangian; dan Kerenhapuk bererti kotak kecil tempat alat solek untuk mata.15 Tiada gadis di seluruh negeri yang secantik anak-anak perempuan Ayub. Mereka mewarisi harta Ayub bersama dengan saudara lelaki mereka.

16 Selepas itu Ayub hidup seratus empat puluh tahun sehingga dapat melihat cucu-cicitnya. 17 Lalu Ayub meninggal dalam usia yang sangat lanjut.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também