Pular para o conteúdo
Publicidade

LUKAS 1

Nubuat Zakharia

67 Zakharia, bapa Yohanes, dikuasai oleh Roh Allah, lalu menyampaikan berita daripada Allah. Dia berkata,

68 "Marilah kita memuji Tuhan,

Allah bangsa Israel!

Dia sudah datang untuk menyelamatkan umat-Nya

dan membebaskan mereka.

69 Dia mengurniai kita Penyelamat yang berkuasa,

seorang keturunan Daud, hamba-Nya.

70 Dahulu kala melalui nabi-nabi yang dipilih-Nya, Tuhan telah berjanji

71 akan menyelamatkan kita daripada musuh,

dan daripada kuasa orang yang membenci kita.

72 Dia berjanji akan merahmati nenek moyang kita,

serta ingat akan janji-Nya yang suci itu.

73,74 Dia bersumpah kepada nenek moyang kita Abraham,

dan berjanji akan menyelamatkan kita daripada musuh,

serta membolehkan kita mengabdikan diri kepada-Nya tanpa takut,

75 supaya kita menjadi suci dan menyenangkan hati-Nyamenyenangkan hati-Nya; Harfiah: kebenaran.

sepanjang hidup kita.

76 Mal 3.1Engkau, hai anakku, akan disebut

nabi Allah Yang Maha Tinggi.

Engkau diutus terlebih dahulu daripada Tuhan supaya merintis jalan untuk-Nya,

77 supaya memberitahu umat-Nya bahawa mereka akan diselamatkan,

apabila Allah mengampunkan dosa mereka.

78,79 Yes 9.2Allah kita pengasih dan penyayang.

Bagi menyelamatkan kita Dia akan datang

bagaikan fajar terang yang menyinari semua orang

yang hidup dalam kegelapan dan di bawah bayang maut.

Dia akan memimpin kita

ke jalan yang menuju kedamaian."

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também