25 Pada masa itu di Yerusalem ada seorang lelaki bernama Simeon. Dia seorang yang baik dan takut akan Allah. Dia menantikan masanya Allah menyelamatkan Israel. Roh Allah menyertai Simeon 26 dan memberitahu dia bahawa dia tidak akan meninggal sebelum melihat Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan.Penyelamat yang dijanjikan oleh Tuhan; Harfiah: Kristus.27 Dengan pimpinan Roh Allah Simeon masuk ke Rumah Tuhan. Pada waktu itu Yusuf dan Maria membawa Yesus yang masih kecil itu ke Rumah Tuhan untuk melakukan apa yang diperintahkan Taurat bagi-Nya. 28 Simeon mengambil anak itu lalu mendukung-Nya sambil memuji Allah,
29 "Sekarang, ya Tuhan, Engkau telah menepati janji-Mu.
Biarlah hamba-Mu meninggal dengan tenteram.
30 Dengan mataku sendiri aku sudah melihat
Penyelamat yang datang daripada-Mu.
31 Penyelamat yang telah Engkau sediakan di hadapan semua bangsa;
32 Yes 42.6,49.6,52.10bagaikan cahaya yang menunjukkan kehendak-Mu bagi bangsa-bangsa lain
dan cahaya yang mendatangkan kemuliaan bagi umat-Mu Israel."