Pular para o conteúdo
Publicidade

Lukas 4:16-30

Yesus Tidak Diterima di Nasaret

16 Kemudian Yesus pergi ke Nasaret, tempat Dia dibesarkan. Pada hari Sabat, seperti biasa Yesus pergi ke rumah ibadat. Dia berdiri untuk membaca Alkitab, 17 lalu Dia diberikan gulungan naskhah yang berisi perkhabaran daripada Nabi Yesaya. Yesus membuka gulungan naskhah itu, lalu mendapatkan bahagian yang tertulis,

18 "Roh Tuhan ada pada-Ku.

Dia telah melantik Aku supaya mengkhabarkan

Berita Baik kepada orang miskin.

Dia mengutus Aku supaya mengumumkan

pembebasan kepada orang tawanan,

kesembuhan bagi orang buta;

dan kemerdekaan bagi orang yang tertindas,

19 Yes 61.1-2serta mengisytiharkan masanya

Tuhan menyelamatkan umat-Nya."

20 Yesus menggulung gulungan naskhah itu semula dan mengembalikannya kepada petugas, lalu duduk.duduk: Pada zaman itu orang Yahudi duduk jika hendak mengajar. Mata semua orang di dalam rumah ibadat itu tertumpu kepada Yesus. 21 Yesus mula berkata kepada mereka, "Pada hari ini ayat-ayat Alkitab ini sudah berlaku pada masa kamu mendengarnya. "

22 Kata-kata yang diucapkan oleh Yesus baik sekali sehingga para pendengar-Nya kagum. Mereka berkata, "Bukankah dia anak Yusuf?"

23 Tetapi Yesus berkata, "Tentu kamu akan menyebut peribahasa ini kepada-Ku, ‘Hai doktor, sembuhkanlah dirimu sendiri.’ Kamu juga akan berkata, ‘Kami mendengar tentang semua perkara yang sudah berlaku di Kapernaum, lakukanlah semuanya di kampung halamanmu juga.’ " 24 Yoh 4.44Yesus berkata lagi, "Ketahuilah, seorang nabi tidak pernah dihormati di kampung halamannya sendiri. 25 1 Raj 17.1Dengarkan kata-kata-Ku: Memang ada banyak balu di Israel pada zaman Nabi Elia. Pada masa itu musim kemarau berlanjutan, kerana hujan tidak turun selama tiga tahun setengah sehingga bencana kebuluran yang dahsyat berlaku di negeri itu. 26 1 Raj 17.8-16Tetapi Allah tidak menyuruh Elia pergi kepada salah seorang balu itu. Dia disuruh pergi kepada seorang balu yang tinggal di Sarafat di daerah . 27 2 Raj 5.1-14Demikian juga ada banyak orang berpenyakit kulit yang mengerikan di Israel pada zaman Nabi Elisa. Tetapi tidak seorang pun daripada mereka disembuhkan, kecuali Naaman orang Siria itu."

28 Semua orang di rumah ibadat itu sangat marah apabila mereka mendengar hal itu. 29 Mereka bangkit lalu menyeret Yesus ke luar bandar dan membawa-Nya ke puncak bukit tempat kota mereka dibina. Mereka bermaksud menolak Yesus ke dalam jurang. 30 Tetapi Yesus terus berjalan antara orang ramai lalu pergi dari situ.

Lugar Bíblico
Cidade / Povoado
Sidom
Hoje: Sidom (Saida), Líbano
ΣιδώνSidōnצִידוֹןtsidon
Sidom é a cidade de onde partiam as fronteiras de Canaã; Jesus disse que Tiro e Sidom teriam se arrependido se nelas tivessem ocorrido os milagres feitos em Corazim e Betsaida (Mateus 11:21).
33,56° N, 35,37° L
Citado em 37 versículos
Ver página completa
Todos os capítulos de Lukas 24
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16
  17. 17
  18. 18
  19. 19
  20. 20
  21. 21
  22. 22
  23. 23
  24. 24

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.