Pular para o conteúdo
Publicidade

Lukas 5

Yesus Memanggil Pengikut-Nya yang Mula-Mula

1 Pada suatu waktu, sedang Yesus berdiri di pantai Tasik Genesaret, orang ramai berasak-asak hendak mendengar berita daripada Allah. 2 Yesus nampak dua buah perahu di pantai itu, tetapi nelayan sudah meninggalkan perahu dan sedang mencuci jala. 3 Mat 13.1-2;Mrk 3.9-10,4.1Yesus menaiki salah sebuah perahu itu, iaitu perahu Simon. Lalu Dia menyuruh Simon menolak perahu itu sedikit jauh dari pantai. Yesus duduk di perahu itu, lalu mengajar orang ramai.

4 Setelah selesai mengajar, Dia berkata kepada Simon, "Dayunglah perahu ke tempat yang dalam lalu tebarkanlah jala untuk menangkap ikan."

5 Yoh 21.3"Guru," jawab Simon, "sepanjang malam kami berjerih tetapi tidak menangkap apa-apa pun! Tetapi kerana guru yang menyuruh, baiklah, saya akan menebarkan jala." 6 Yoh 21.6Mereka menebarkan jala, lalu mendapat sedemikian banyak ikan sehingga jala itu hampir koyak. 7 Oleh itu mereka minta pertolongan rakan-rakan di perahu lain. Mereka memenuhi kedua-dua buah perahu itu dengan ikan sehingga perahu hampir tenggelam. 8 Apabila Simon nampak apa yang telah berlaku, dia berlutut di hadapan Yesus sambil berkata, "Tinggalkanlah aku, ya Tuhan! Aku orang berdosa!"

9 Simon dan semua orang yang bersama-sama dia kagum melihat banyaknya ikan yang dijala oleh mereka. 10 Demikian juga halnya dengan rakan Simon yang lain, iaitu Yakobus dan Yohanes, anak-anak Zebedeus. Yesus berkata kepada Simon, "Jangan takut! Mulai sekarang kamu akan menjala orang supaya menjadi pengikut-Ku."

11 Mereka menarik perahu-perahu itu ke pantai dan meninggalkan segala-galanya, lalu mengikut Yesus.

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.

Veja também