Orang yang Hendak Menjadi Pengikut Yesus
57 Sedang mereka meneruskan perjalanan, datanglah seseorang berkata kepada Yesus, "Saya bersedia mengikut tuan ke mana sahaja tuan pergi!"
58 Yesus menjawab, "Serigala mempunyai lubang dan burung mempunyai sarang, tetapi Anak Manusia tidak mempunyai tempat untuk berbaring dan berehat." 59 Lalu Dia berkata pula kepada seorang lain, "Ikutlah Aku."
Tetapi orang itu berkata, "Tuan, benarkan saya balik untuk mengebumikan jenazah bapa saya dahulu."
60 Yesus menjawab, "Biarlah orang mati menguburkan orang mati mereka sendiri. Tetapi kamu, pergilah khabarkan berita bahawa Allah sudah mula memerintah."Allah sudah mula memerintah; Harfiah: Kerajaan Allah.
61 1 Raj 19.20Seorang lain pula berkata, "Tuan, saya mahu mengikut tuan, tetapi benarkan saya balik dahulu untuk mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga saya."
62 Yesus berkata kepadanya, "Orang yang mula membajak, tetapi selalu menoleh ke belakang, tidak layak menikmati Pemerintahan Allah."