Herodes Bingung
7 Ketika Herodes yang memerintah Galilea, mendengar segala perkara yang sedang berlaku itu, dia bingung kerana ada yang berkata, "Yohanes Pembaptis hidup semula!" 8 Mat 16.14;Mrk 8.28;Luk 9.19Yang lain berkata bahawa Elia sudah kembali, sedangkan ada juga yang berkata bahawa seorang daripada nabi-nabi dahulu kala sudah hidup semula. 9 Herodes berkata, "Aku sudah menyuruh orang memancung kepala Yohanes. Tetapi siapakah orang ini? Banyak perkara tentang orang ini sudah aku dengar." Herodes tetap berusaha untuk berjumpa dengan Yesus.