6 TUHAN memberikan peraturan-peraturan berikut. Jangan bersetubuh dengan saudara mara kamu. 7 Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi ibu kamu. Jangan hina ibu kamu sendiri. 8 Im 20.11;Ul 22.30,27.20Jangan hina bapa kamu dengan menyetubuhi salah seorang isterinya. 9 Im 20.17;Ul 27.22Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada saudara sekandung ataupun saudara tiri, sama ada yang dibesarkan serumah dengan kamu ataupun yang dibesarkan di rumah lain. 10 Jangan bersetubuh dengan cucu perempuan kamu. Hal ini akan menghina diri kamu sendiri. 11 Jangan bersetubuh dengan saudara perempuan kamu, sama ada yang sebapa lain ibu atau seibu lain bapa, kerana dia juga saudara kamu. 12,13 Jangan bersetubuh dengan mak cik kamu, sama ada saudara bapa ataupun saudara ibu kamu. 14 Im 20.19-20Jangan bersetubuh dengan isteri pak cik kamu; dia juga mak cik kamu. 15 Im 20.12Jangan bersetubuh dengan menantu perempuan kamu 16 Im 20.21atau dengan ipar perempuan kamu. 17 Im 20.14;Ul 27.23Jangan bersetubuh dengan anak perempuan atau cucu perempuan seorang wanita yang pernah bersetubuh dengan kamu. Mereka mungkin bersanak dengan kamu, dan hal itu perbuatan yang keji. 18 Jangan kahwin dengan saudara perempuan isteri kamu selama isteri kamu masih hidup.
19 Im 20.18Jangan bersetubuh dengan perempuan yang sedang haid, kerana perempuan itu najis. 20 Im 20.10Jangan bersetubuh dengan isteri orang lain, perbuatan itu akan menjadikan kamu najis. 21 Im 20.1-5Jangan serahkan salah seorang anak kamu untuk dipersembahkan sebagai korban kepada Dewa Molokh, kerana perbuatan itu menghina nama Allah kamu, iaitu TUHAN. 22 Im 20.13Orang lelaki tidak boleh bersemburit. Allah membenci perbuatan itu. 23 Kel 22.19;Im 20.15-16;Ul 27.21Lelaki mahupun perempuan, tidak boleh melakukan hubungan jenis dengan binatang. Perbuatan yang keji itu menajiskan kamu.