Pular para o conteúdo
Publicidade

Markus 10:1-12

Ajaran Yesus tentang Perceraian

1 Kemudian Yesus meninggalkan tempat itu. Dia pergi ke daerah Yudea dan daerah di seberang Sungai Yordan. Orang ramai berkumpul lagi di sekeliling Yesus, dan seperti biasa Yesus mula mengajar mereka.

2 Beberapa orang Farisi datang hendak memerangkap Dia. Mereka bertanya, "Menurut Taurat kita, bolehkah orang menceraikan isteri?"

3 Yesus menjawab dengan bertanya, "Apakah perintah yang diberikan oleh Musa kepada kamu?"

4 Ul 24.1-4;Mat 5.31Mereka menjawab, "Musa membenarkan seseorang menceraikan isterinya asal menulis surat cerai."

5 Yesus berkata kepada mereka, "Musa menulis perintah itu kerana kamu terlalu sukar diajar. 6 Kej 1.27,5.2Tetapi pada mula-mulanya, pada waktu Allah menciptakan manusia, ada dikatakan bahawa ‘Allah menjadikan mereka lelaki dan perempuan. 7 Itulah sebabnya seorang lelaki meninggalkan ibu bapanya lalu bersatu dengan isterinya,Dalam beberapa buah naskhah kuno tidak terdapat kata-kata: lalu bersatu dengan isterinya.8 Kej 2.24dan kedua-duanya menjadi satu.’ Dengan demikian mereka bukan lagi dua orang tetapi satu. 9 Oleh itu mereka yang telah disatukan oleh Allah, tidak boleh dipisahkan oleh manusia!"

10 Setelah mereka pulang ke rumah, pengikut-pengikut-Nya bertanya kepada Yesus tentang hal itu. 11 Yesus berkata kepada mereka, "Seorang lelaki yang menceraikan isterinya lalu berkahwin dengan wanita lain, berzina terhadap isterinya yang pertama. 12 Mat 5.32;1 Kor 7.10-11Demikian juga seorang wanita yang menceraikan suaminya lalu berkahwin dengan lelaki lain, pun berzina."

Todos os capítulos de Markus 16
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.