Pular para o conteúdo
Publicidade

Markus 12:28-34

Perintah yang Terutama

28 Di situ ada seorang guru Taurat yang mendengar perbincangan mereka. Dia melihat bahawa Yesus telah menjawab soalan orang Saduki dengan baik. Oleh itu dia bertanya kepada Yesus, "Perintah manakah yang paling utama di antara semua perintah?"

29 Yesus menjawab, "Inilah perintah yang paling utama, ‘Dengarlah, hai bangsa ! Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa.Tuhan Allah kita, Dialah Tuhan Yang Esa; atau Tuhan ialah Allah kita, Dia sahajalah Tuhan kita.30 Ul 6.4-5Kasihilah Tuhan Allahmu dengan sepenuh hatimu, dengan segenap jiwamu, dengan seluruh akalmu, dan dengan segala kekuatanmu.’ 31 Im 19.18Perintah yang kedua ialah, ‘Kasihilah sesama manusia seperti kamu mengasihi dirimu sendiri.’ Tiada lagi perintah lain yang lebih utama daripada kedua-dua perintah ini."

32 Ul 4.35Guru Taurat itu berkata kepada Yesus, "Bagus, guru! Memang benar apa yang guru katakan: Tuhanlah Allah Yang Esa dan tidak ada yang lain. 33 Hos 6.6Manusia harus mengasihi Allah dengan sepenuh hati, dengan seluruh akal, dan dengan segala kekuatannya. Dia juga harus mengasihi sesama manusia seperti dia mengasihi diri sendiri. Mematuhi kedua-dua perintah ini lebih mustahak daripada mempersembahkan korban untuk menyenangkan hati Tuhan dan korban-korban lain."

34 Luk 10.25-28Yesus melihat bahawa guru Taurat itu menjawab dengan bijak. Lalu Yesus berkata kepadanya, "Kamu tidak jauh daripada Pemerintahan Allah."

Selepas itu tidak seorang pun berani mengajukan pertanyaan kepada Yesus.

Pessoa
H3290
Jacó
ΙακωβIakobיַעֲקֹ֑בyaaqov
Jacó, filho de Isaque, comprou de Esaú o direito de primogenitura, lutou com Deus em Peniel e recebeu o nome Israel; seus doze filhos deram origem às tribos (Gênesis 32:28).
Significado: “Aquele que segura pelo calcanhar (suplantador)”
Ver página completa
Todos os capítulos de Markus 16
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.