Pertanyaan tentang Penyelamat yang Diutus oleh Allah
35 Sewaktu Yesus mengajar di Rumah Tuhan, Dia bertanya, "Bagaimanakah guru Taurat boleh mengatakan bahawa Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud? 36 Mzm 110.1Sedangkan Daud, ketika diilhami oleh Roh Allah, berkata,
‘Tuhan telah berfirman kepada Tuhanku:
duduklah di sebelah kanan-Ku
sehingga Aku menakluki musuh-Mu
ke bawah kaki-Mu.’
37 Daud menyebut Penyelamat yang diutus oleh Allah itu ‘Tuhan’. Bagaimana mungkin Penyelamat yang diutus oleh Allah itu keturunan Daud?"
Orang ramai di Rumah Tuhan suka mendengar ajaran Yesus.