Kedatangan Anak Manusia
24 Yes 13.10;Yeh 32.7;Yl 2.10,31,3.15;Why 6.12"Selepas masa kesusahan itu, matahari akan menjadi gelap dan bulan tidak lagi bercahaya. 25 Yes 34.4;Yl 2.10;Why 6.13Bintang-bintang akan jatuh dari langit dan kuasa di angkasa lepas akan ditarik daripada peredarannya. 26 Dan 7.13;Why 1.7Barulah Anak Manusia akan kelihatan datang dikelilingi awan dengan kekuasaan besar dan kemuliaan. 27 Dia akan mengutus malaikat-malaikat ke empat penjuru bumi untuk mengumpulkan umat pilihan-Nya dari hujung bumi ke hujung langit."