Yesus Dituangi Minyak Wangi
3 Luk 7.37-38Yesus ada di Betania, di rumah Simon yang dahulu berpenyakit kulit yang mengerikan. Ketika Yesus sedang makan, seorang wanita datang kepada-Nya. Dia membawa sebuah botol marmar yang berisi minyak wangi mahal daripada akar wangi. Dia memecahkan botol itu lalu menuang minyak wangi itu ke atas kepala Yesus. 4 Beberapa orang di situ marah dan bercakap sesama sendiri, "Apa gunanya minyak wangi itu dibazirkan? 5 Minyak itu dapat dijual dengan harga lebih daripada tiga ratus keping wang perak,wang perak: Lihat 6.37. dan wangnya boleh diberikan kepada orang miskin!" Mereka mengecam wanita itu.
6 Tetapi Yesus berkata, "Biarkanlah dia! Mengapa kamu menyusahkan dia? Apa yang telah dilakukannya untuk-Ku itu baik dan terpuji. 7 Kel 15.11Orang miskin sentiasa ada antara kamu. Jika kamu hendak menolong mereka, bila-bila pun boleh. Tetapi Aku tidak selamanya bersama-sama kamu. 8 Wanita ini melakukan apa yang dapat dilakukannya. Dia menuangi Aku dengan minyak wangi untuk menyediakan tubuh-Ku bagi penguburan-Ku sebelum waktunya. 9 Ingatlah! Di seluruh dunia, di mana sahaja Berita Baik dikhabarkan, perbuatan wanita ini akan diceritakan untuk mengenang dia."