Pular para o conteúdo
Publicidade

Markus 4:1-9

Perumpamaan tentang Seorang Penabur

1 Luk 5.1-3Yesus mula mengajar lagi di tepi Tasik Galilea. Orang yang mengerumuni-Nya begitu banyak sehingga Dia terpaksa duduk di sebuah perahu di tasik itu. Orang ramai berdiri di tepi tasik. 2 Yesus mengajar banyak perkara kepada mereka dengan menggunakan perumpamaan. Dia berkata,

3 "Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih. 4 Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Lalu burung datang dan makan habis benih itu. 5 Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih ini segera tumbuh kerana kurang tanah, 6 tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu, lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam. 7 Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri ini tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak berbuah. 8 Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur. Benih-benih itu bertunas, membesar, lalu berbuah. Ada yang tiga puluh kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya."

9 Lalu Yesus berkata, "Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"

Todos os capítulos de Markus 16
  1. 1
  2. 2
  3. 3
  4. 4
  5. 5
  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
  11. 11
  12. 12
  13. 13
  14. 14
  15. 15
  16. 16

Estes versículos te tocaram? Ore agora!

+581 estão orando agora.

Junte-se à corrente de oração.