3 "Dengarlah! Seorang peladang pergi menabur benih. 4 Semasa dia menabur benih, ada yang jatuh di jalan. Lalu burung datang dan makan habis benih itu. 5 Ada juga yang jatuh di tempat berbatu yang sedikit tanahnya. Benih-benih ini segera tumbuh kerana kurang tanah, 6 tetapi apabila matahari naik, tunas-tunas itu layu, lalu kering. Tumbuhan itu mati kerana akarnya tidak dalam. 7 Ada pula yang jatuh di tengah semak berduri. Semak berduri ini tumbuh dan membantutkan tumbuhan tersebut sehingga tidak berbuah. 8 Tetapi ada benih yang jatuh di tanah subur. Benih-benih itu bertunas, membesar, lalu berbuah. Ada yang tiga puluh kali ganda, ada yang enam puluh kali ganda, dan ada yang seratus kali ganda hasilnya."
9 Lalu Yesus berkata, "Jika kamu bertelinga, dengarlah baik-baik!"