21 Akhirnya Herodias mendapat peluang pada hari keputeraan Raja Herodes. Raja Herodes mengadakan jamuan untuk semua pegawai tinggi kerajaan, pegawai tentera, dan tokoh-tokoh masyarakat Galilea. 22 Anak perempuan HerodiasAnak perempuan Herodias; Beberapa buah naskhah kuno:Anak gadisnya (iaitu anak gadis Raja Herodes) yang bernama Herodias. menari dan menghiburkan hati Raja Herodes serta tetamunya. Oleh itu Raja Herodes bertitah kepada anak gadis itu, "Anakanda ingin apa? Ayahanda akan memberikan apa sahaja yang anakanda ingini!"
Publicidade